Categories: Berita

Kawasaki GPZ900RS Ninja baharu sedang dibangunkan

KAWASAKI GPZ900RS NINJA MENDAPAT INSPIRASI DARIPADA GPZ900R DAN AKAN MENAMPILKAN ENJIN 948CC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Barisan model RS Kawasaki sememangnya cukup popular kerana pengeluar motosikal Jepun itu mengekalkan DNA klasik yang pernah popular pada era 70-an hingga 80-an.

Hasilnya, model seperti Kawasaki Z900RS yang diinspirasikan oleh model Z1 kekal popular sejak ia diperkenalkan.

Populariti Z900RS turut mendorong Kawasaki mengeluarkan Z650RS dalam usaha menembusi pasaran yang lebih luas terutamanya dalam menarik pelumba muda.

Terdapat spekulasi bahawa Kawasaki akan memperkenalkan Z400RS. Bagaimanapun, setakat ini tiada berita lanjut mengenai model tersebut.

LAPORAN TERKINI DI JEPUN MENDAKWA BAHAWA KAWASAKI AKAN MEMPERKENALKAN MOTOSIKAL INSPIRASI GPZ900R. MENURUT YOUNG-MACHINE, MODEL TERSEBUT MENGAMBIL NAMA GPZ900RS NINJA.

Model itu berkemungkinan menggunakan platform DOHC 948cc 4-sebaris penyejuk cecair yang sama seperti Z900RS. GPZ900RS Ninja menawarkan reka bentuk yang serupa dengan GPZ900R ikonik yang dihasilkan oleh Kawasaki dari 1984 hingga 2003.

Related Post

Enjin 908c empat silinder yang terdapat dalam GPZ900R menghasilkan 115hp dan 85Nm. Sebaliknya, enjin moden dalam Z900RS ini menawarkan 111hp pada 8,500rpm dan 98Nm. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Kawasaki akan menala semula enjin untuk digunakan pada GPZ900RS Ninja.

PREVIEW IMEJ ‘RENDER’ YANG DIKONGSI OLEH YOUNG-MACHINE DI ATAS JUGA MENUNJUKKAN BEBERAPA KOMPONEN DARIPADA Z900RS DIKEKALKAN TERMASUK RODA, SUSPENSI DAN KERANGKA.

Untuk rekod, Kawasaki GPZ900R juga dikenali sebagai model Ninja terawal dan turut dipopularkan oleh filem Top Gun yang pernah ditayangkan pada 1986.

Walaupun pendedahan terbaru ini agak menarik, namun tiada kenyataan rasmi dibuat oleh pihak Kawasaki setakat ini. Namun, memandangkan dakwaan Young-Machine jarang tersasar selama ini, kami menjangkakan projek Ninja GPZ900RS sedang giat dijalankan pada masa ini.

Tiga tahun lalu, sebuah syarikat aksesori motosikal di Jepun, DOREMI Collection menghasilkan kit GPZ900R untuk model Z900RS.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah