Categories: Berita

Hadiri Ujian Rasmi MotoGP di SIC secara PERCUMA pada 10 hingga 12 Februari ini

BERPELUANG UNTUK MENONTON PENUNGGANG KEGEMARAN ANDA DARI GRANDSTAND BERMULA JUMAAT INI HINGGA AHAD.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mempelawa orang ramai menghadiri Ujian Rasmi MotoGP Sepang yang dijadualkan untuk berlangsung dari 10 hingga 12 Februari ini.

Penonton boleh menonton para pelumba seperti Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia dan Marc Marquez serta jentera 2023 masing-masing secara percuma di Grandstand Utama.

Mereka yang telah membeli tiket Grandstand berpeluang menyertai aktiviti Pit Lane Walk. Ia akan berlangsung pada 10 Februari (Jumaat) dari jam 6.30 hingga 7.30 malam.

Related Post

Tempat letak kenderaan premium juga disediakan dengan bayaran RM10 untuk kereta dan RM5 untuk motosikal di Kawasan Pusat Beli-belah – berhampiran dengan Grandstand Utama. Terdapat bayaran RM5 untuk kereta dan RM2 untuk motosikal yang ingin parkir di P SIC dan PX. Walau bagaimanapun, tiada caj dikenakan untuk kawasan parkir lain.

SIC menawarkan diskaun ‘early bird’ sebanyak 15 peratus untuk pusingan GP Malaysia 2023 yang akan berlangsung dari 10 hingga 12 November 2023.

SENARAI HARGA TIKET GP MALAYSIA 2023 DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG ADALAH SEPERTI BERIKUT:

RM122.20 (F Grandstand)
RM175.30 (K1 Grandstand)
RM293.30 (Main Grandstand)
RM361.30 (Marc Marquez Tribune)
RM433.50 (Premier Roving)
RM544.00 (Premier Seat)
Mereka yang berminat untuk menikmati diskaun ‘early bird’ boleh melayari www.sepangcircuit.com untuk membuat pembelian.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah