Categories: Konsep & Kustom

Ural menampilkan prototaip sidecar elektrik

Anda mungkin tahu tentang Ural Motorcycles sebagai pengeluar sidecar klasik (tempat duduk sisi) sejak perang dunia ke-2 tetapi jenama Rusia ini juga sedang meneroka masa depan mereka dengan idea inovatif. Jadi, ia tidak menghairankan bahawa Ural telah pun mendedahkan apa yang mereka kata adalah sebuah idea untuk menguji pendapat dan reaksi awam.

Prototaip untuk tempat duduk sisi Ural berdasarkan reka cipta sidecar klasik tetap dilengkapi dengan elektronik canggih dan motor elektrik berkuasa.

Motor ini telah didermakan oleh Zero Motorcycles. Motor Z-Force 75-7 brushless DC ini mampu menghasilkan kuasa hampir dua kali ganda berbanding dengan enjin pembakaran konvensional yang boleh didapati pada sidecar biasa Ural.

Kuasa untuk motor elektrik ini dijana oleh bateri dari Zero Motorcycle. Bateri ZF6.5 yang lebih ringan dipasang pada casis utama dan bateri ZF13.0 yang lebih berat dipasang dibawah sidecar ini. Studio reka bentuk California dihubungi untuk membantu membungkus bateri didalam sidecar dan hasilnya adalah sebuah sidecar yang masih mengekalkan gaya klasiknya tetapi dengan teknologi yang canggih.

Related Post

Selain daripada prestasi baik, Ural juga telah memasang beberapa pilihan elektronik unik supaya penunggang mampu menikmati sidecar ini dengan sepenuhnya. Antara pilihan tersebut adalah tiga mod tunggangan (Sport, Eco dan Custom), dan seperti rakan sejawatnya yang berkuasa petrol, sidecar elektrik ini juga menggunakan gear reverse untuk membantu penunggang manuver di tempat yang sempit.

Suis togol yang terdapat pada hendal membolehkan penunggang untuk mengalihkan motor elektrik dan sidecar akan bergerak ke belakang.

Seperti yang dikatakan, Ural sedang menguji reaksi dan pendapat dari penunggang mengenai sidecar jenis mesra alam. Jenama Rusia ini berkata mereka tidak merancang untuk membuat versi pengeluaran konsep ini tetapi, seperti biasa, jika terdapat permintaan yang mencukupi, Ural pasti akan membina versi pengeluaran sidecar elektrik.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah