Sumber gambar: Inceptive Mind

Evoke Motorcycles telah mendedahkan konsep reka bentuk terakhir untuk motosikal premium baru mereka, Evoke 6061. Nama cruiser ini diperolehi daripada rangka uniknya, ‘Twin Plate Frame’. Firma ini telah menggunakan proses pemotongan dengan laser yang memotong rangka motosikal dan kotak bateri daripada kepingan billet aluminium T6061.

Berita mengenai pengeluaran motosikal ini telah menjadi perbincangan industri. Kali ini, dengan reka bentuk baru, kami akan dapat lihat perubahan pada motosikal ini. Reka bentuk Evoke 6061 adalah hebat. Komponen powertrain, pek bateri dan subseksyen tubular dipasang pada Twin Plate Frame. Ia juga mempunyai skrin sentuh 10 inci. Keseluruhan luar motosikal ini agak futuristik.

Related Post

Evoke 6061 mempunyai drivetrain baru yang dibangunkan oleh firma. Ini menunjukkan peningkatan prestasi dari segi kelajuan dan kuasa. Ia dijangka lebih baik daripada model Evoke pertama. Ia menggunakan motor in-runner yang mempunyai hasil pengeluaran tinggi yang disesuaikan pada rantai final drive . Powertrain ini mampu menghasilkan sehingga 120kW (160hp) dan lebih dari 200 lbs/ft tork.

Evoke 6061 mempunyai bateri pek Gen 2, yang mampu cas dari 0-80 peratus SOC dalam 15 minit. Evoke 6061 akan menampilkan 6 modul Pek Bateri Gen 2 syarikat untuk gabungan kapasiti maksima onboard sebanyak 15.4kWh.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan