Categories: Berita

HLYM akan memperkenalkan lebih banyak motosikal besar mulai 2023

RAKYAT MALAYSIA MUNGKIN BERPELUANG UNTUK MELIHAT TENERE 700 DI PASARAN TEMPATAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasmi melancarkan Yamaha TMax Tech Max 2022 untuk pasaran tempatan pada Khamis. Semasa pelancaran itu, HLYM turut memaklumkan lebih banyak model motosikal Yamaha berkuasa tinggi akan diperkenalkan selepas ini bermula 2023.

Kenyataan itu mencetuskan rasa ingin tahu di kalangan peminat tempatan. Menurut sumber, HLYM telah pun menjalankan kajian dan mendapati permintaan terhadap jentera ‘off-road’ semakin meningkat pada masa ini dan sekali gus menjadi hala tuju syarikat.

Berdasarkan maklumat tersebut, spekulasi mengatakan model dengan keupayaan ‘off-road’ itu adalah Tenere 700.

Related Post

Motosikal ‘pengembaraan’ kelas pertengahan telah mendapat perhatian ramai sejak beberapa tahun lalu.

Tenere 700 baru-baru ini berjaya mendominasi perlumbaan Rimba Raid 2022 yang berlangsung di Taman Negara, Pahang.

Walaupun begitu, maklumat masih terhad dan hanya HLYM akan dapat memberikan jawapan kepada ketibaan Yamaha Tenere 700.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah