13 FEBRUARI 2020 – BOON SIEW HONDA LANCAR HONDA EX5 BARU. EX5 2020 DATANG DENGAN ESTETIKA YANG DIKENALI DAN REKA BENTUK ABADI. MOTOSIKAL INI JUGA MEMPUNYAI GRAFIK BAHARU DAN JALUR KHAS.

Honda EX5 terkenal dengan ketahanan dan kebolehpercayaan yang luar biasa. 13 Februari 2020, Boon Siew Honda lancar Honda EX5 2020 baru. Motosikal ini mengikuti estetika yang dikenali dengan reka bentuk abadi. Untuk 2020, Honda EX5 mempunyai grafik badan dan jalur khas yang menonjol motosikal.

Motosikal ini dikuasakan enjin 110cc silinder tunggal penyejukan udara dengan suntikan bahan api Honda (PGM-Fi) yang menyumbang kepada lebih kurang pelepasan dan penjimatan petrol yang lebih berkesan. Tambahan pula, enjin ini mampu menjana 6.37Kw pada 7,500 rpm dan tork 8.62 Nm pada 5,500 rpm.

Terdapat dua tawaran warna bagi EX5, Pearl Nightfall Blue (biru) dan Pearl Magellanic Black (hitam). Terdapat juga dua varian, satu dengan rim jejari dan satu lagi dengan rim sport.

Bagi harga pula, varian rim jejari mempunyai harga RM4,783 dan rim sport adalah RM5,009.

EX5 Variants Rim Jejari  – RM 4,783

Pearl Nightfall Blue (biru)

Related Post

Pearl Magellanic Black (hitam)

EX5 Varian Rim Sport – RM 5,009

Pearl Nightfall Blue (biru)

Pearl Magellanic Black (hitam)

  

  

  

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan