Categories: Berita

Vespa Elettrica berharga RM59.7k?

Vespa Elettrica menjadi motosikal terbaru dalam pasaran Indonesia apabila Piaggio Indonesia secara rasmi memulakan jualan skuter elektrik.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Namun harga atas jalan Vespa Elettrica menjadi tanda tanya apabila dijual dengan harga sebanyak 18 Juta Rupiah iaitu RM59,712.

Vespa Elettrica ini direka untuk penggunaan dalam bandar supaya mengoptimumkan unit kuasa serta sistem pengurusan kenderaan dan pek bateri

Motor Elektrik ini menawarkan kuasa 3.6kW hingga 4kW dan bateri kitaran cas 1k kali dan tempoh caj 4-8 jam

Terdapat 2 mod kuasa iaitu Power yang selaju 67-70km/j dan tunggangan sejauh 70km manakala ECO hanya 40km/j dan tunggangan 100km

Related Post

Unit ini mempunyai Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik serta mod undur dan dilengkapi meter TFT berwarna dengan Sistem Sambungan Vespa MIA

Tidak melupakan sistem brek yang menggunakan brek cakera 200mm bagi tayar depan dan dram 140mm bagi tayar belakang

Selain itu, ia menawarkan rim aloi depan 12 inci dengan tayar 110/70 manakala rim belakang 11 inci dan tayar 120/70

Size Elettrica ini mempunyai panjang sebanyak 1,870mm, lebar 735mm dengan jarak roda 1,350mm. Ketinggian pelana 790mm

Namun berat skuter elektrik ini adalah 130kg termasuka bateri yang mempunyai berat sebanyak 25kg

Jadi peminat-peminat skuter elektrik mampu melihat sendiri, kenapa Vespa Elettrica ini bernilai sebanyak RM59.7k.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz