Categories: BeritaSukan Motor

Marc Marquez menjalani pembedahan ketiga, mungkin terlepas awal musim 2021

MARC MARQUEZ TELAH MENJALANI PEMBEDAHAN KETIGA PADA TANGAN KANANNYA. MUNGKIN MENGHADAPI PROSES PEMULIHAN SELAMA 6 BULAN.

Selepas kemalangan teruk di Grand Prix Sepanyol 2020, Marc Marquez menghadapi dua pembedahan berturut-turut. Marc Marquez menjalani pembedahan pertama untuk memperbaiki tulang patah di lengan kanannya. Namun, hanya beberapa hari kemudian dia kembali ke Jerez di mana plat logam yang memegang tulang itu mulai pecah, dan menyebabkannya menjalani pembedahan kedua.

Marc Marquez tidak pernah kembali ke perlumbaan selepas pembedahan keduanya pada tahun 2020. Pelumba Sepanyol itu baru menjalani pembedahan ketiga semalam, di mana graf tulang dari pinggulnya dicantum ke bahagian humerus. Hanya beberapa jam yang lalu HRC mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa prosedur pembedahan berlangsung selama lapan jam dan masih terdapat kerumitan.

Laporan mendakwa bahawa Marc Marquez mungkin ketinggalan pada awal musim 2021 akan datang kerana dia memerlukan sekitar 6 bulan untuk pulih secara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, HRC belum mengumumkan perinciannya.

KENYATAAN DARI HRC:

Marc Marquez telah menjalani operasi baru di lengan kanannya akibat penyembuhan perlahan tulang humerus; yang tidak bertambah baik dengan rawatan shock wave tertentu.

Related Post

Hari ini dia telah menjalani pembedahan di Hospital Ruber Internacional, di Madrid, untuk pseudarthrosis humerus kanan.

Pembedahan itu dilakukan oleh pasukan yang terdiri daripada doktor; Samuel Antuña, Ignacio Roger de Oña, Juan de Miguel, Aitor Ibarzabal dan Andrea Garcia Villanueva, terdiri dari penyingkiran plat sebelum ini dan penempatan plat baru dengan penambahan graf tulang dengan corticoperiosteal free flap.

Prosedur pembedahan berlangsung selama lapan jam dan tidak berjalan lancar.

Source: HRC, Motorsport.com

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah