Categories: BeritaSukan Motor

Marc Marquez harap untuk latih lebih jika dibenarkan

PELUMBA MOTOGP REPSOL HONDA MARC MARQUEZ BERHARAP UNTUK MENINGKATKAN LATIHAN MOTOSIKALNYA SEMASA CUTI MUSIM PANAS JIKA DIBENARKAN.

Marc Marquez

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Marc Marquez terpaksa diketepikan sekitar sepuluh bulan untuk sambung pemulihannya selepas patah tulang lengan kanan ketika kemalangan pada Grand Prix Sepanyol pada Julai tahun lalu yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan sebanyak tiga kali.

Kembali ke aksi perlumbaan di GP Portugis April tahun ini dan Marquez mengakui dia bergelut dengan kesukaran untuk berlumba kerana kecederaan yang dihadapinya Julai lepas.

Sejak kembali ke MotoGP, masa Marquez atas jenteranya telah dikurangkan berdasarkan nasihat dari doktor tetapi dia berharap untuk mengubah situasi tersebut semasa cuti musim panas.

MARC MARQUEZ – REPSOL HONDA

Sumber gambar: Motorsport

“Sudah tentu dengan rehat musim panas ini akan memberikan lebih banyak ruang untuk kami melakukan apa sahaja termasuk latihan. Perkara pertama sudah tentu saya perlu berehat minimum satu minggu kerana saya memerlukannya daripada segi mental dan fizikal.

Related Post

“Saya bermula dengan kecederaan bahu pada 2019 dan kemudiannya patah tulang kanan pula.

Sudah dua tahun saya tidak bercuti dan saya perlukan cuti sekarang. Selepas itu, saya akan mula berlatih. Perancangan saya sudah tentu jika dapat kebenaran daripada doktor, saya mahu lebih banyak berlatih. “Saya perlu berada di atas motor lebih kerap sebelum GP Austria untuk kembali mendapat rentak.”

GP Jerman dan Belanda telah memulakan pemulihan untuk Honda, dengan masalah kecederaan Marquez yang ditutupi oleh susunan lawan jam Sachsenring dan membolehkannya meraih kemenangan.

Di Assen, Honda telah memperkenalkan casis baru yang Marquez tunggang ke kedudukan ketujuh selepas bermula di petak ke-20. Menurut Marquez, penambahbaikan itu akan memberi Honda “motivasi” untuk menjadikan jentera RC213V 2021 lebih baik musim ini.

Saingan MotoGP akan berehat sebelum disambung pada MotoGP Austria yang akan berlangsung di Litar Red Bull Ring pada 8 Ogos ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah