ZERO FXE DILANCAR SEBAGAI MODEL MOTOSIKAL ELEKTRIK BARU DARI ZERO MOTORCYCLES! INI ADALAH SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU!

Sumber gambar: Zero Motorcycles

Jika anda terlepas, sebulan lalu, Zero Motorcycles mengumumkan model motosikal elektrik terkininya, FXE, dan telah kongsi gambar teaser motosikal baru dalam talian. Syarikat itu muat naik gambar pada media sosial dengan kapsyen “FXE coming 7/13/2021; #ZeroFXE.”Pada masa itu kami hanya mempunyai nama dan tarikh bagi jentera ini.

Baru-baru ini, Zero Motorcycles melancarkan motosikal komuter bandar elektrik baru yang mampu dimiliki untuk tahun 2022, FXE. Syarikat ini berkolaborasi dengan Huge Design yang berpangkalan di California yang mendapat inspirasi dari reka bentuk perindustrian elektronik. Zero Motorcycles memberi jentera ini gelaran “motosikal esok, tersedia hari ini (motorcycle of tomorrow available today).

Menguasakan FXE adalah motor tanpa berus yang disejukkan udara Z-Force 75.5 Zero Motorcycles, yang menghasilkan 46 hp dan tork 78 lb-ft. Sekiranya angka output tidak kelihatan banyak, jangan lupa berat motosikal ini kurang dari 136kg. Jenama itu mengatakan pek bateri lithium-ion 7.2 kWh dapat menyediakan jarak gerak sehingga 161km dalam perjalanan di bandar, dua kali lebih banyak berbanding dengan FXS.

Related Post

FXE juga mendapat beberapa peningkatan dari segi teknologi yang turut terdapat pada SR/F Zero Motorcycles. Motosikal ini menggunakan skrin paparan TFT lima inci, versi LCD yang dioptimumkan untuk kegunaan di luar. FXE juga mempunyai OS Cypher II milik Zero Motorcycles dan sambungan bluetooth, yang membolehkan penunggang mengawal perkara seperti tork, kelajuan tertinggi dan pengurusan bateri melalui aplikasi telefon pintar Zero Motorcycles.

Zero FXE akan mula pada harga $ 11,795 (RM 49,568.49), sedikit kenaikan berbanding $ 9,945 (RM 41,793.86) FXS. Syarikat ini akan mengambil pra-pesanan di laman web mereka sekarang dengan deposit $ 500 (RM 2,101.25).

Sumber: Electrek

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan