Categories: Berita

Kymco akan melancarkan superbike eletrik?

Pengilang Taiwan Kymco telah mengeluarkan satu video di Youtube, yang diambil semasa pusingan World Superbike di litar Le Mans, di mana Kymco meminta beberapa peminat apa yang mereka fikir tentang kelajuan, tenaga dan “apakah motorsikal masa depan?”.

Kebanyakan jawapan berbeza, tetapi semuanya merujuk kepada gaya motosikal yang jelas: superbike.

Tetapi bukan superbike yang biasa!

Related Post

Apa yang kami percaya Kymco mengacah adalah ketibaan sesuatu yang benar-benar baru kepada jenama Taiwan, superbike elektrik yang dikenali sebagai SuperNEX. Walaupun sumber mendedahkan itu hanyalah satu konsep, sekurang-kurangnya buat masa ini, motosikal elektrik ini akan dilancarkan pada acara motosikal EICMA Milan minggu depan, dan ia pasti akan menjadi saat yang menarik ketika Kymco menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan setakat ini, kerana mereka dikenali dengan penciptaan skuter praktikal.

Sekiranya SuperNEX merupakan superbike elektrik, ia akan mempunyai Energica Ego sebagai saingan utamanya.

Pastikan untuk mengikuti iMotorbike untuk semua berita dan maklumat terkini mengenai rancangan motosikal EICMA Milan.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah