Categories: Berita

Syarikat Jerman NOVUS mendedahkan model unik terkini dengan harga $39,500

Novus Electric Motorcycle | Sumber gambar: Beautifullife Info

Syarikat motosikal elektrik Jerman, NOVUS, telah mendedahkan model terkini mereka di CES 2019 Las Vegas. Motosikal mewah ini berjaya untuk mendapat perhatian ramai orang dengan rangka karbon fiber inovatifnya. Diletakkan pada tahap premium, motosikal ini mempunyai harga $ 39,500, mencerminkan kualiti peringkat teratas.

Rangka pada motosikal adalah tumpuan utama motosikal ini. Monocoque karbon berfungsi sebagai exoskeleton struktur dan badan motosikal. Ia lebih ringan daripada keluli, aluminium atau bahan rangka eksotik yang lain.

Related Post

Batteri lithium ion dipasang pada tempat yang rendah di motosikal ini untuk mengurangkan pusat graviti dan meningkatkan pengedaliannya. Ia boleh meliputi jarak 60 batu dan mampu dicaj semula hingga 80% dalam satu jam.

NOVUS belum memberi maklumat mengenai jarak mampatan fork suspensi motosikal ini tetapi mendakwa bahawa ia mempunyai “jarak mampatan yang mencukupi untuk memastikan perjalanan yang selesa dengan tindak balas yang tepat.”

Motor pada bahagian belakang adalah motor hub direct drive yang menghasilkan tork 200Nm yang menjadikannya sebagai motosikal berkuasa dari segi tork. Ia menyampaikan 14 kW kuasa puncak dan mampu membawa motosikal ini hingga kelajuan maksimum 60mph (97km / j).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah