Categories: Berita

Yamaha Cygnus Gryphus Monster Energy Edition dilancar di Jepun

YAMAHA CYGNUS GRYPHUS MONSTER ENERGY EDITION SERBA BARU KINI TERSEDIA PADA JPY368,500 (RM12.3K).

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini terkini!

Yamaha telah memperkenalkan skuter Cygnus Gryphus 125 Monster Energy Edition di Jepun.

Skuter kompak 125cc itu mula diperkenalkan tahun lepas dan telah mendapat perhatian ramai kerana reka bentuknya yang sporty walaupun bersaiz kecil.

Untuk 2023, Yamaha telah mengemas kini skuter itu dengan pilihan grafik Monster Energy. Grafik ini mendapat inspirasi daripada jentera YZR-M1 pasukan Yamaha MotoGP.

Selain daripada grafik, terdapat juga lencana Monster Energy Drink pada panel hadapan.

Related Post

Untuk rekod, Yamaha Cygnus Gryphus didatangkan dengan kerangka direka semula, sistem suspensi baharu dan tayar lebih lebar (120/70-12 hadapan dan 130/70-12 belakang).

Selain itu, enjin satu silinder 125cc kini menawarkan peningkatan kuasa sebanyak 20 peratus berbanding dengan model sebelumnya. Ia mempunyai 20 peratus lebih penjimatan bahan api dengan penggunaan sistem VVA (Variable Valve Actuation).

Hasilnya, Yamaha Cygnus Gryphus 2022 kini menawarkan 11.8hp pada 8,000rpm dan 9.8Nm pada 6,000rpm.

Sistem brek dikawal oleh brek cakera depan dan belakang, tetapi model ini tidak mempunyai ABS.

Yamaha Cygnus Gryphus Monster Energy edisi kini keluar di Jepun pada harga JPY368,500 (RM12.3k).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah