HONDA BARU MENDEDAHKAN HONDA H’NESS CB350 AKA HIGHNESS UNTUK PASARAN INDIA.

Honda H’ness CB350

Selama ini Honda India telah mengacah kami dengan teaser “Highness” dan akhirnya Honda mendedah “Highness aka H’ness” beberapa jam lalu. Seperti yang ramai telah ramal, ia adalah cruiser klasik moden yang akan bersaing dengan crusier kapasiti rendah dalam pasaran. Menyertai barisan semasa Honda CB, Honda H’ness CB350 baru mengikuti estetika retro-cruiser dengan teknologi moden.

Pelancaran Rasmi Honda H’ness CB350 

SPESIFIKASI HONDA H’NESS CB350

Nampaknya Honda Highness telah dibangunkan selama dua tahun. Dikuasai oleh silinder tunggal, empat-lejang, sejukkan udara, 346cc dipadankan pada kotak gear 5-kelajuan, CB350 mampu menjana 20.8 hp dan tork puncak 30 Nm.

Related Post

Honda H’ness baru mendapat kawalan tork  yang boleh dipilih (selectable), kluster instrumen semi-digital, pelana kulit, ekzos klasik dan lampu LED.

Pengereman dilakukan oleh cakera depan 310mm dengan kaliper dwi-kaliper dan cakera tunggal 240mm di belakang. H’ness datang dengan ABS dual-channel sebagai standard.

Honda H’ness CB350

Suspensi dikendalikan oleh fork jenis teleskopik di depan dan penyerap hentak kembar (nitrogen-charged). Roda depan 19 inci dan roda belakang 18 inci menawar estetik cruiser moden sambil memberi kualiti dan prestasi perjalanan yang sangat baik.

VARIAN, PILIHAN WARNA DAN HARGA HONDA H’NESS

Honda H’ness datang dalam dua varian, Delux dan Delux Pro. Varian Pro mendapat warna dua nada, double horn, dan sistem kawalan suara telefon pintar Honda yang membenarkan  penunggang untuk membuat panggilan, menghantar mesej, navigasi dan mendengar muzik semasa dalam perjalanan.

Pilihan warna Honda H'ness CB350
Pilihan warna Honda H'ness CB350

Honda H’ness datang dalam 6 pilihan warna. Untuk harga, harga mula Honda H’ness berada sekitar INR 1.9 lakhs / US$ 2,576 / MYR 10,705 (harga ex-showroom). Manakala, Honda India telah mengumumkan harga akhir akan dikemas kini pada minggu pertama Oktober 2020. Honda H’ness juga akan tersedia untuk pandu uji dan pembelian melalui pengedar Honda Big Wing di seluruh negara.

Mengenai ketibaan Honda H’ness bagi pasaran luar India, sumber yang dipercayai mendakwa Honda CB350 H’ness akan segera memasuki pasaran lain.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan