BERIKUTAN PRATONTON MEDIA PADA APRIL 2021, MFORCE MALAYSIA BARU LANCAR SYM JET X 150 2021 BAGI PASARAN MALAYSIA.

SYN Jet X 150 2021 akhirnya tiba! Selepas pratonton media pada April 2021, MForce Malaysia baru lancar SYM Jet X 150 2021 baru bagi pasaran Malaysia. Ia kini ditawar dalam dua varian; Standard dan Special Edition(SE). SYM Jet X 150 Standard mempunyai tanda harga RM8,888 manakala SYM Jet X 150 Special Edition (SE) pula adalah RM9,188 di Malaysia tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan. SYM Jet X Standard ditawar dalam warna Kelabu, Merah dan Kuning, dan Chameleon Blue ditawar untuk varian SE.

SYM Jet X dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 149.6cc yang dipadankan dengan CVT. SYM Jet X 150 2021 menjana 12.3hp @ 8,000 rpm dan tork puncak 12 Nm @ 6,000 rpm.

Related Post

Suspensi dikendalikan oleh fork jenis teleskopik di depan dan dual shock di belakang. Untuk brek, cakera brek hidraulik dengan cakera 260mm di depan dan cakera 220mm di belakang menguruskan pengereman jentera.

Bagi elektronik pula, Jet X 150 didatangkan dengan sistem smart key, penyalaan LED, socket pengecas USB dan skrin paparan digital LCD dengan fungsi auto-dimmer. Dengan berat 140kg, SYM Jet X 150 menampilkan tangki minyak 7.5 liter dan ruang simpanan besar 18 liter.

SYM Jet X 150 sudah tersedia di semua pengedar rasmi MForce di seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian SYM Jet X 150, MForce akan menawar waranti pengeluar dua tahun atau 20,000 km ( mana yang lebih dulu).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan