MV AGUSTA BARU MENDEDAH MV AGUSTA RUSH 1000 HYPERNAKED BAGI 2021. TERDAPAT HANYA 300 UNIT!

MV Agusta Rush 1000 2021

MV Agusta memperkenalkan model Rush 1000 tahun lepas. Model edisi terhad ini dikuasakan oleh enjin empat-sebaris 998cc dengan kerangka trellis sama pada Brutale 1000RR tetapi memberi beberapa sentuhan khas seperti lampu LED bulat, bahagian ekor yang pendek serta cakera roda belakang. MV Agusta mengehadkan jentera hypernaked ke hanya 300 unit sahaja! Kini Rush 1000 kembali untuk 2021!

MV Agusta Rush 1000 hypernaked 2021 dikuasakan oleh enjin DOHC 4-sebaris, sejukkan cecair sama seperti Rush 1000 tahun lepas. Jentera hypernaked ini mampu menjana 208 hp @ 13,000 rpm dan tork puncak 85.9 lb-ft @ 11,000 rpm. MV juga memperkenalkan pemasaan camshaft baru untuk meningkat tork di low-end dan mid-range. Untuk mengalih kuasa semula tayar belakang, para jurutera telah mengubah suai transmisi enam-kelajuan. Quickshifter baru bersama shift sensor baru menyumbang kepada penukaran gear yang lebih tepat. 

Related Post

Tiada perubahan dibuat pada kerangka trellis Chromoly tetapi suspensi Ohlins boleh laras diubah suai untuk pengendalian dan tindak balas yang lebih baik. Bagi brek pula terdapat kaliper Brembo Sylema, cakera kembar 320mm dan steel-braid di depan. Walaupun MV dengan bijak mengubah hardware hypernaked, kemas kini software mungkin merupakan perbezaan terbesar.

Didatangkan dengan IMU baharu, kawalan traction, wheelie, launch dan cruise lebih canggih. Dipasang kepada modul Continental baru, IMU turut mendapat fungsi cornering untuk ABS. Terdapat skrin paparan 5.5 inci TFT baru yang memberi penunggang kebolehan untuk mengurus semua fungsi keselamatan. Tambahan pula, melalui aplikasi My MV, para penunggang boleh sesuaikan tetapan dari mana jua. 

MV Agusta Rush 1000 hypernaked 2021 datang dengan tanda harga €38,000 (MYR 192,492,82). Kesemua 300 unit akan datang dengan kit lumba MV Agusta. Pakej aksesori merangkumi penutup untuk skrin paparan, tempat duduk penumpang, dan ekzos. Penutup tangki CNC, tuas kawalan, dan pelindung brek dan klac menyediakan Rush 1000 untuk kegunaan trek. Ekzos lumba SC-Project mengubah hypernaked kepada jentera luar biasa dengan 212 kuasa kuda pada 13,600 rpm. Setiap Rush 1000 akan disertakan dengan sijil kesahihan juga.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan