KALENDER PIALA NORTHERN TALENT CUP 2021 TELAH DIKEMAS KINI BERIKUTAN PENGUMUMAN PEMBATALAN GRAN PRIX FINLAND.

Kalender Piala Northern Talent telah dikemas kini. Berikutan pengumuman pandemik Covid-19 yang berterusan yang menyebabkan pembatalan Gran Prix Finland 2021. Lokasi untuk pusingan ke-5 Piala Northern Talent 2021 telah diubah.

Related Post

NTC kini akan sertai Kejuaraan Dunia FIM MotoGP di GP Styrian yang baru diumumkan. Acara ini akan berlangsung di Red Bull Ring dari 6-8 Ogos dan akan menjadi tuan rumah bagi pusingan ke-5 NTC.

Piala Austrian Junior yang bersaing dengan jentera KTM RC4R turut akan menyertai grid NTC di GP Styrian bagi semua sesi termasuk perlumbaan. Acara tersebut adalah pusingan ke-4 dalam kalender Piala Austrian Junior 2021. 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan