Categories: Berita

Adakah Marc Marquez mempertimbangkan kerjaya sebagai DJ?

Cuti musim sejuk adalah satu masa pelumba MotoGP akan guna untuk bertenang dan melakukan beberapa aksi publisiti dan juara MotoGP lima kali Marc Marquez tidak begitu berbeza. Pelumba Repsol Honda ini telah mengambil bahagian dalam satu acara hebat dengan skuter popular Honda, X-Adv dengan membuat muzik menggunakan bunyi X-Adv.

Bekerjasama dengan Roger Wid, yang mencampur bunyi yang direkam, Marquez tidak membiarkan apa-apa menghalangnya untuk mendapatkan bunyi yang sempurna untuk muziknya: donat, burnout, slides… dia melakukan segala yang dia tahu.

Bunyi yang dihasilkan direkam dan kemudian sampel dicampur oleh Roger Wid.

Related Post

Dengar muzik tersebut dan beritahu kami apa yang anda fikirkan tentangnya di dalam ruang komen di bawah!

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

View Comments

Share
Published by
Brendan Jeremiah