Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan motosikal baru mereka MT-09 bagi pasaran Malaysia. Harga untuk MT-09 bermula dari RM47,388 ( termasuk GST) dan “ultimate streetfighter” ini dilengkapi dengan pelbagai ciri baru yang mampu membantu Yamaha MT-09 bertanding dengan motosikal seperti Kawasaki Z900 serta Honda CB650F.

Motosikal Yamaha baru ini mempunyai penukar gear quickshifter, klac slip-assist, kawalan traction, ABS untuk kedua-dua brek depan dan belakang serta sistem suspensi boleh laras dengan 41 mm forks yang mempunyai pelaras mampatan (compression damping adjustment).

Tambahan pula, Yamaha MT-09 2018, dilengkapi dengan lampu LED depan dan belakang. Warna yang ditawarkan untuk Yamaha MT-09 termasuk Night Fluo ( Matte grey dengan fluorescent highlights) dan Tech Black. MT-09 ini juga mempunyai sistem Yamaha D-Mode yang membolehkan pemilik untuk memilih daripada tiga mod menunggang.

Enjin tiga silinder 847 cc CP3 DOHC yang mampu menjana sebanyak 115 hp dan tork 87.5 Nm pada 8,500 rpm. Penghantaran kuasa yang optimum diedarkan melalui gearbox enam-kelajuan.

Related Post

Dimensi motosikal ini adalah seperti berikut, ketinggian tempat duduk berada pada 820 mm dan mempunyai 135 mm pelepasan tanah. Berat Yamaha MT-09 adalah 193 kg dengan tangki minyak yang penuh yang mempunyai kapasiti sebanyak 14 liter.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah