Categories: Berita

Yamaha uji sistem ‘power steering’ pada motosikalnya

REKA BENTUK TERBARU YAMAHA AKAN MENJADI PERUBAHAN BESAR DALAM DUNIA MOTOSIKAL.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Dalam usaha mencapai kestabilan terbaik terutamanya ketika menunggang motosikal pada kelajuan tinggi, Yamaha sedang menguji prototaip sistem stereng terbaharu pada jentera ‘dirt bike’.

Dinamakan sebagai ‘Sistem Sokongan Stereng EPS Yamaha (Yamaha EPS Sterring SUpport System)’, sistem terbaru ini menggabungkan fungsi ‘steering damper’ dan ‘power steering assist’.

Prototaip itu menggabungkan ‘sensor tork’, magnet dan ‘actuator’ yang kemudiannya bertindak sebagai ‘peredam stereng’ pada kelajuan tinggi dan ‘bantuan stereng’ pada kelajuan rendah.

Related Post

Bukan itu sahaja, malah sistem ini juga boleh bertindak sebagai alat pengimbang diri apabila digabungkan dengan IMU.

Selain itu, Yamaha telah pun menggunakan sistem tersebut pada barisan model motosikal elektriknya. Langkah terbaru ini adalah percubaan untuk mengenal pasti sama ada sistem yang sama sesuai digunakan pada motosikal berkuasa tinggi lain.

Menurut Yamaha, penunggang AllJapan Yamaha Factory Race Team Jay Wilson sedang menguji sistem pada Yamaha YZ250 dan YZ450F.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah