FAIL PATEN TERKINI DARI HONDA MENUNJUK MEREKA SEDANG MENGUSAHAKAN AFRICA TWIN SUPERCAS BARU DI KILANG R&D FIRMA DI JEPUN.

Honda Africa Twin

Kegunaan sistem induksi paksaan (forced induction) melalui supercas (supercharger) dan pengecas turbo (turbocharger) bukan sesuatu baru dalam dunia motosikal. Terutamanya bagi empat jenama besar Jepun yang telah mengguna pengecas turbo untuk bertahun-tahun ini. BMW Motorrad memasuki permainan dengan BMW Type 255 Kompressor pada 1930-an. Tiba 2020, salah satu motosikal supercas paling canggih yang tersedia dalam pasaran hari ini adalah Kawasaki Ninja H2 (siri). Baru-baru ini, patent terkini yang difail oleh pejabat paten Jepun mendakwa Honda bersedia untuk sertai pasaran dengan Honda Africa Twin supercas serba baru.

Paten Honda Africa Twin supercas

PATEN

Paten menunjuk generasi semasa enjin kembar-selari 1084cc Honda Africa Twin dengan supercas dan kerja pipe berkaitan. Reka bentuk uni-cam dengan non-aspirated 1084cc adalah padat, ringan, torky dan menjana 101 hp. Untuk motosikal adventure ia adalah tentang berat, kuasa dan tork. Untuk meningkatkan output enjin dengan mengguna induksi paksaan adalah satu langkah bijak kerana meningkat kapasiti enjin selalunya membawa kepada kenaikan berat. Ya, dengan mengguna block lebih kecil dengan mekanisme induksi paksaan adalah satu idea bagus tetapi kos pengeluaran bagi sistem ini adalah sesuatu yang pengeluar tidak minati.

Sistem induksi paksaan mengguna supercas twin-screw design positive displacement. Bukan seperti supercas sentrifugal pada H2 yang hanya meningkat pada RPM tinggi, pengecas anjakan positif pada Honda mengalih udara bagi setiap putaran kerana ia diarahkan secara langsung pada aci engkol (crankshaft), sistem ini akan memberikan rangsangan tekanan yang sama pada rpm mana pun dari idle hingga redline. Ini menghasilkan lengkung tork yang rata yang biasanya disukai dalam motosikal adventure.

Related Post

Enjin supercas baru mengguna reka bentuk airbox sama yang didapati pada Africa Twin NA. Manakala kini terdapat tuib yang berjalan terus ke supercas yang memampatkan udara sebelum memasukkannya ke enjin.

Honda juga menambahkan injektor kedua pada setiap silinder yang menggunakan pam bahan bakar tambahan dan camshaft untuk beroperasi. Tujuan sistem ini adalah untuk memberikan sejumlah besar tekanan bahan bakar untuk membakar petrol dengan cepat.

Dengan memodulasi penyuntik mana yang digunakan berdasarkan beban, pembukaan throttle dan putaran, Honda dapat memperbaiki penggunaan bahan bakar, prestasi dan pelepasan mesin baru dengan ketara.

PENDAPAT KAMI

Ini bukan kali pertama Honda meterokai penggunaan supercas. Sebenarnya, pada tahun 2017 Honda mengemukakan paten untuk enjin supercas V-Twin. Walaupun itu tidak menjadi kenyataan, kami fikir Africa Twin yang supercas ini sebenarnya dapat menjadi sebagai model pengeluaran kerana kali ini Honda menggunakan platform yang sudah ada dan bukannya model atau konsep yang sama sekali baru.

Sumber: Cycleworld

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan