Categories: Berita

Keluarga Sardarov memperoleh pembiayaan untuk MV Agusta

PEMILIK BARU JENAMA MV AGUSTA SUDAH MEMPUNYAI PELAN UNTUK JENAMA ITALI INI BAGI LIMAT TAHUN SETERUSNYA DAN TELAH MEMPEROLEH PEMBIAYAAN UNTUK MELAKSANAKANNYA.

Source: cycle news

Ia bukan satu kejutan kepada penunggang motosikal bahawa MV Agusta masih menghasil beberapa motosikal paling unik di dunia. Malangnya, untuk beberapa tahun, pengeluar Varese telah melalui beberapa masa yang sukar.

Nasib baik, orang Itali tahu mencari solusi betapa sukar situasi. MV Agusta telah berjaya bertahan tetapi kini mereka dimiliki oleh keluarga Sardarov.

Menurut siaran akhbar oleh MV Agusta, keluarga Sardarov memperoleh pembiayaan untuk melaksanakan pelan perniagaan untuk lima tahun akan datang.

Ini bermakna mulai 2020 dan hingga 2025 MV Agusta akan menyasar jualan tahunan sebanyak 25,000 motosikal. Untuk memastikan pelan tersebut menjadi satu realiti, jenama Itali ini sedang menghasil beberapa motosikal baru.

Related Post

Walaupun fokus utama adalah terhadap model saiz sederhana (middleweight) baru, MV Agusta masih akan berusaha untuk menghasil motosikal unik. Mereka telah mengenal pasti peminat MV Agusta gemar motosikal edisi terhad jadi pada masa depan kami dapat lihat lebih motosikal eksotik dari kilang Varese.

Walaupun mereka menghasilkan motosikal saiz sederhana baru, MV Agusta juga akan mengubah sepenuhnya cara mereka berhubung dengan pelanggan.

Salah satu perubahan penting adalah Giovanni Castiglioni hanya penasihat kepada pentadbiran. Timor Sardorov adalah CEO dan Presiden baru MV Agusta, dan akan ditemani oleh Massimo Bordi dan Paolo Bettin.

Mereka telah memutuskan bahawa MV Agusta perlu berhubung dengan pelanggan dengan cara yang lebih baik. Cara untuk meningkatkan hubungan pelanggan adalah untuk mengoptimumkan cara peniaga membalas keperluan pelanggan. Terutamanya bagaimana mereka membekalkan alat gantian untuk motosikal.

TIMOR SARDOROV INGIN MV AGUSTA UNTUK MENINGKATKAN CARA JENAMA MEMBEKAL BAHAGIAN MOTOSIKAL DI EROPAH, AMERIKA SYARIKAT DAN ASIA. MENURUT SARDOROV, PELANGGAN MV AGUSTA BIASANYA MENGADU TENTANG MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENDAPAT ALAT GANTIAN MUDAH BAGI MOTOSIKAL. SITUASI INI TIDAK AKAN BERLAKU LAGI DAN RANTAIAN BEKALAN BAGI PENIAGA AKAN DIUBAH SECEPAT MUNGKIN.

Dengan tindak balas yang lebih cepat dan memberi tumpuan kepada motosikal yang mampu dibeli oleh penunggang motosikal dan pada masa yang sama terus mencipta beberapa motosikal eksotik dan istimewa. Masa depan MV Agusta kelihatan semakin cerah setiap hari.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah