SELEPAS KEJAYAAN VIRTUAL RACE 1 DAN 2, DORNA MENGUMUMKAN RED BULL VIRTUAL GRAND PRIX SEPANYOL. GP VIRTUAL PERTAMA AKAN DISIARKAN PADA 3 MAY 2020!

Selepas perlumbaan maya pertama MotoGP di sekitar Autodromo del Mugello, acara kedua; Virtual Race 2 diumumkan. Hujung minggu lepas, pada Ahad 12 April, Virtual Race 2 disiarkan. Dari Marc Marquez (Repsol Honda) dan Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) ke Danilo Petrucci (Ducati) dan Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha MotoGP); barisan pelumba penuh dengan bintang MotoGP dan perlumbaan tersebut juga penuh dengan aksi di Red Bull Ring Austria.

Menurut Dorna, Virtual Race 2 mendapat 75 juta tayangan, peningkatan sebanyak 25% dari perlumbaan maya pertama. Tambahan pula terdapat peningkatan dalam tontonan video dari 13 juta ke 14 juta. Selain itu, aksi siaran langsung perlumbaan maya kedua mencapai tontonan 3.2 juta. Selepas kejayaan besar dengan perlumbaan-perlumbaan maya, Dorna mengumumkan Red Bull Virtual Grand Prix bagi Sepanyol! GP maya ini ditetapkan untuk disiarkan secara langsung pada tarikh asal GP Sepanyol – 3 Mei 2020!

PENGUMUMAN RED BULL VIRTUAL GRAND PRIX SEPANYOL

“Pada Ahad 3 May 2020; tarikh asal untuk GP Sepanyol – satu lagi acara pertama akan disiarkan: Red Bull Virtual Grand Prix Sepanyol. Acara ini akan menunjuk solidariti dengan dan membantu Official Charity MotoGP™,, Two Wheels for Life, menyokong usaha mereka dalam membendung COVID-19. Ia akan bermula pada 15:00 (GMT +2) dan kami akan lihat semua tiga kelas Grand Prix; MotoGP™, Moto2™ and Moto3™ – bersaing dalam acara perlumbaan atas talian unik.

Related Post

Pasukan kelas Premier dapat menempatkan satu pelumba masing-masing, kecuali pasukan Repsol Honda, yang dapat masuk dua kerana mereka adalah juara MotoGP™. Di Moto2™ dan Moto3™, sepuluh penunggang dapat masuk dalam setiap kategori, dengan hak masuk diberikan dalam urutan Kejuaraan mengikuti Grand Prix QNB Qatar.”

Sumber: MotoGP

Ikuti kami di platform media sosial kami untuk mendapatkan liputan langsung dari Virtual GP!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan