Categories: Berita

Peugeot Motorcycles mendedahkan XP400 baharu – 36.7hp dan 38.1Nm

PEUGEOT XP400 ADALAH SKUTER ADV TERBARU JENAMA DAN TERDAPAT DALAM DUA VARIAN.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar skuter, Peugeot Motorcycles, bakal meningkatkan segmen skuter ADV dengan pelancaran XP400 serba baharunya. Pengilang baru-baru ini memperkenalkan model baharu di EICMA di Milan.

Berdasarkan imej, jelas menunjukkan bahawa XP400 mendapat inspirasi daripada Honda X-ADV.

Menurut Peugeot Motorcycles, XP400 ini didatangkan dalam dua varian iaitu Allure dan GT. Kedua-dua varian didatangkan dengan reka bentuk yang sama tetapi berbeza dengan penggunaan rim aloi dan ‘wire-spoke’ pada varian GT.

Menguasakan XP400 ialah enjin PowerMotion satu silinder, dengan penyejuk cecair 400cc yang mampu menghasilkan 36.7hp pada 8,150rpm dan 38.1Nm pada 5,400rpm.

Related Post

Peralatan lain pada skuter termasuk rim depan 17 inci dan 15 inci, fork jenis terbalik dengan perjalanan 140mm, serta cakera brek dwi depan dan cakera brek tunggal belakang.

Varian GT kelihatan lebih agresif dengan kehadiran ‘engine guard’ dan rim jejari. Sebaliknya, varian Allure didatangkan dengan rim aloi. Kedua-dua varian akan datang dengan ABS dwi-saluran sebagai standard.

Untuk melengkapkan imej moden, XP400 menampilkan skrin paparan TFT 5 inci, pengecas USB dan ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduk.

Butiran harga mengenai Peugeot XP400 masih terhad tetapi kemungkinan syarikat itu akan mendedahkan semua butiran pada masa pelancaran pada 2023.

Kita boleh menjangkakan skuter ADV maxi ini akan memasuki pasaran awal tahun depan di Eropah.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah