PELAKON HOLLYWOORD MENYERTAI MOTO GUZZI SEMUA SEBAGAI DUTA BARU BAGI V85TT KLASIK. EWAN MCGREGOR AKAN MEMPROMOSIKAN MOTOSIKAL TERSEBUT.

Ewan McGregor | Sumber gambar: Media Autonews Fr

Semangat Ewan McGregor untuk motosikal dikenali oleh ramai. Dia telah mengambil beberapa pengembaraan atas dua roda, dia mempunyai koleksi motosikal dan telah bekerjasama dengan beberapa jenama. Kini, Ewan McGregor kembali ke jalan raya dengan Moto Guzzi. Pengilang yang berpusat di Mandello deL Lario mengumumkan Ewan sebagai duta bagi V85TT baru.

Ini bukan kali pertama Ewan bekerja dengan Moto Guzzi. Pada 2013, dia adalah bintang pelancaran antarabangsa California 1400 di Australia.

Related Post

Proses untuk menjadikan Ewan McGregor sebagai duta V85TT bukan senang. Pelakon terkenal ini berkata pada Moto Guzzi dia akan menerima “kerja” ini jika dia boleh menunggang motosikal tersebut serta menikmati kerja yang dilakukan oleh Moto Guzzi. Jadi, jenama Itali ini memberi dia sebuah V855TT di Sardinia. Dia kemudian menunggang motosikal itu dan akhirnya menerima jemputan mereka.

Dia kini akan memulakan kempen antarabangsa untuk mempromosi V85TT. Tetapi, realitinya, Moto Guzzi tidak memerlukan promosi itu. Sejak pendedahan V85TT tahun lepas di EICMA Milan, motosikal tersebut telah menawan penunggang motosikal seluruh dunia.

Pengedar Moto Guzzi hampir tidak dapat mengendali permintaan untuk V85TT. Kilang itu bekerja lebih masa untuk membekalkan pelanggan. Tunggang uji sedang berlaku di mana-mana sahaja. Dan V85TT adalah bintang baru line-up Moto Guzzi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah