Categories: Berita

Xiaomi menampilkan elektrik skuter Super Soco

Xiaomi, jenama terunggul dari China, dikenali untuk telefon pintarnya, televisyen serta bahan elektronik yang lain telah pun mengumumkan ketibaannya ke dalam industri automotif. Dengan Soco, Xiaomi telah mengumumkan elektrik skuter barunya yang digelar Super Soco CU.

Perkongsian antara Soco dengan Xiaomi, telah memberi peluang kepada Xiaomi untuk melancarkan Skuter baru mereka. Xiaomi juga menjamin untuk memberi ciri-ciri yang menarik pada harga yang berpatutan.

Skuter Super Soco CU ini pada mulanya berasal dan direka oleh Soco, sebuah syarikat startup dari Shanghai. Unit ini merupakan modal terkini untuk menyampai pasaran global. Kali ini pula, Soco mendapat bantuan daripada Xiaomi untuk mereka serta menhasilkan elektrik skuter tersebut.

Skuter ini mempunyai bateri mudah alih dan cas penuh boleh didapati dalam masa 7 jam. Para pengguna skuter Super Soco CU juga boleh membawa pulang bateri untuk dicas dengan mudahnya kerana berat bateri tersebut hanya 10 kg.

Dengan bateri ini, Xiaomi menjamin para penunggang boleh mendapat perjalanan sejauh 120 km.

Related Post

Walaupun Super Soco Cu ini mempunyai reka yang amat mudah dan biasa, tetapi skuter elektrik ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang agak menarik. Terutamanya, brek cakera pada kedua-dua tayar yang mampu memanjangkan kegunaan bateri skuter dengan proces regeneratif brek. Terdapat juga, lampu LED, konsol digital serta cruise-control sebagai ciri yang asas.

Manakala, ciri yang paling menarik sekali merupakan kamera depan skuter Super Soco CU.

Kamera depan ini dipasang oleh Xiaomi dan mempunyai sudut penglihatan sebanyak 138. Kamera ini juga boleh merakam dan mengambil gambar dalam FullHD. Para pemilik juga dengan app yang disediakan boleh berkongsi gambar-gambar yang diambil pada masa perjalanan. Selain itu, kamera ini juga boleh merakam sebarang kemalangan yang ditimpa oleh para penunggang serta G-force dari impak kemalangan.

Xiaomi Super Soco CU dijangka akan tiba di pasaran China pada hujung bulan Mei dan tiga model telah didedahkan : Standard ( sejauh 80 km), Comfort (sejauh 100 km), dan Cool Play ( sejauh 120 km).

Setakat ini kita tidak mempunyai butiran harga di Malaysia ataupun stok sedia ada untuk skuter elektrik.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah