Categories: Sukan Motor

MotoGP – Mahkamah FIM mengisytiharkan “spoiler” Ducati adalah sah!

Ducati Spoiler in MotoGP | Sumber gambar: Lalasport

Ducati Corse telah memenangi pertempuran antara Aprilia, Honda, KTM, dan Suzuki, kerana Mahkamah FIM telah memutuskan hari ini bahawa “spoiler” terkenal yang digunakan oleh pasukan Itali di Qatar GP adalah sah! Selepas spekulasi selama beberapa minggu, mahkamah akhirnya mengumumkan keputusan akhir mengenai kes ini, dan oleh itu, keputusan Qatar GP kini diluluskan dan Andrea Dovizioso adalah pemenang perlumbaan pertama musim ini di MotoGP.

Mahkamah rayuan FIM telah menganalisis segala data dan simulasi yang telah dibentangkan oleh semua pasukan yang terlibat dalam protes ini dan keputusan terakhir adalah “spoiler” Ducati ialah sah, kerana tujuannya adalah untuk semata-matanya menurunkan suhu tayar belakang seperti yang dimaklumkan oleh Ducati.

Related Post

Aprilia, Honda, KTM dan Suzuki, kini harus membuat keputusan jika mereka akan meneruskan protes mereka terhadap Ducati kerana terdapat lagi rayuan terakhir yang boleh dibentangkan kepada Mahkamah Arbitration of Sport (CAS) di Lausanne, Switzerland. Mereka hanya mempunyai lima hari lagi jika mereka ingin berbuat demikian.

Menurut Mahkamah rayuan FIM, Ducati Corse kini dibenarkan untuk mengguna “spoiler” mereka kerana elemen ini dianggap sah oleh FIM. Gigi Dall’Igna telah mengatakan bahawa pasukannya akan menggunakan “spoiler” di Argentina GP yang akan datang pada hujung minggu depan, dan sejak Ahad yang lalu, kami juga tahu bahawa Aprilia Racing juga mempunyai “spoiler” sama yang digunakan pada jentera mereka, dan mereka akan bersedia untuk menggunakannya dalam persaingan Texas GP, di Litar Amerika dalam masa beberapa minggu.

Dengan keputusan ini, FIM berharap segala pertikaian akan tamat tetapi oleh kerana Aprilia, Honda, KTM, dan Suzuki, semua mempunyai peluang untuk meneruskan rayuan ada kemungkinan bahawa dalam beberapa hari yang akan datang kita akan melihat lebih banyak tindakan yang akan diambil oleh satu atau lebih pasukan ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan