FERRARI 900 1995 ADALAH SATU MOTOSIKAL DI DUNIA DENGAN LENCANA FERRARI. DAVID KAY ADALAH PAKAR YANG MENJADIKAN INI SATU REALITI.

Sumber gambar: Bonhams

David Kay dikenali dengan rekaan beberapa motosikal MV Agusta di mana dia telah bekerja sebagai jurutera. Perniagaan keluarga David Kay, MV Meccanica, pakar dalam pengeluaran bahagian gantian untuk motosikal jalan dan sukan. Sehingga hari ini mereka fokus pada MV Agusta pra-1980 dan motosikal-motosikal Itali lain.

Pada 23 Mei 1990, selepas mendapat kebenaran daripada Piero Ferrari, David Kay mendapat kelulusan surat bertulis yang ditandatangani oleh P. Ferrari sendiri untuk menggunakan logo Ferrari pada satu motosikal yang dibina oleh Kay. Ferrari 900 merupakan penghormatan kepada Enzo Ferrari.

FERRARI 900 1995

Dari pengalaman Kay kumpul sepanjang perniagaan keluarganya, dia membina kebanyakan motosikal itu dari tangan. Motosikal ini memaparkan enjin injap 16 liter empat silinder yang disejukkan udara DOHC 900cc. Enjin itu digabungkan dengan kotak gear kelajuan-5 yang mampu mengeluarkan 105 kuasa kuda pada 8,800 rpm.

Pereka, Terry Hall, mereka bentuk khas untuk menyerupai kereta lumba Ferrari Testarossa Lemans 24 jam. Kerja badan dibuat daripada aluminium. Di samping itu, Ferrari 900 memaparkan komponen magnesium, pelindung lumpur gentian karbon dan reverse cone megaphone yang dibina oleh Terry Hall. Hasil daripada bahan-bahan ringan yang digunakan dalam proses ini, berat motosikal ini hanya 172Kg (kering), dan ia dapat mencapai kelajuan maksimum 265Kmph.

Seperti Ferrari empat roda, Ferrari 900 datang dengan kaliper Brembo dan cakera brek. Motosikal ini juga mempunyai roda 17 inci Astralite dan penyerap hentak WPS.

Related Post

Selepas menghabiskan hampir 3000 jam dan 5 tahun kemudian, pada 1995 motosikal istimewa ini akhirnya dilancar. Walau bagaimanapun, motosikal ini menghabiskan sebahagian besar masa di pejabat David Kay sebagai barang pameran. Kemudian pada tahun 2008, motosikal itu dilelong dengan harga sebanyak $236,430 (£180,000), tetapi tiada sesiapa yang sanggup membayar. Ferrari 900 kemudian muncul di eBay untuk $328,350 (£250,000), sekali lagi, tiada siapa yang mempunyai minat untuk membelinya. Akhirnya, pada tahun 2012, Ferrari 900 dijual di lelong Bonham untuk £85,000.

Galeri Ferrari 900 | Sumber gambar: Bonhams

  

  

  

  

 

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan