Categories: Sukan Motor

MotoGP – Honda sedia ikut jejak Ducati dan guna “spoiler”

Sumber gambar: Lalasport

Ia tidak mengambil masa lama bagi pengilang lain untuk mencuba dan menggunakan “spoiler” tayar belakang terkenal yang diperkenalkan oleh Ducati Corse di Qatar GP, “spoiler” yang menjadi beberapa berita utama dan menyebabkan kontroversi bahawa ia memerlukan mahkamah untuk menentukan sama ada apa yang dilakukan oleh Ducati adalah sah atau tidak. Selepas Mahkamah Rayuan FIM memutuskan bahawa “spoiler” tayar adalah sah, pengeluar pertama mengikuti jejak Ducati ialah Honda.

Pasukan kilang Jepun itu sudah cuba menggunakan tayar “spoiler” serupa pada Argentina GP hujung minggu ini, di Termas de Rio Hondo. Pasukan Repsol Honda telah mempersembahkan “spoiler” mereka kepada Danny Aldridge, pengarah teknikal MotoGP, supaya elemen ini diluluskan dan dipergunakan untuk kegunaan perlumbaan MotoGP.

Menurut Motorsport.com, “spoiler” yang dibangunkan oleh Honda Racing Corporation dalam beberapa hari terakhir adalah seiras dengan “spoiler” yang digunakan oleh Ducati, dan dengan cuba mengikut jejak pasukan Itali, Honda berharap untuk mendapatkan hasil yang sama seperti yang Ducati capai dengan jentera Desmosedici GP19: suhu tayar belakang di Qatar GP turun 7ºC, kerana “spoiler” mengarahkan udara sejuk ke tayar belakang, dan pada masa yang sama ia tidak mempunyai apa-apa kesan aerodinamik, menurut Ducati, seperti yang disyaki oleh pesaing mereka, dengan Ducati Corse menunjukkan di mahkamah bahawa “spoiler” ini hanya menghasilkan daya sekitar 300 gram pada bahagian belakang motosikal pada kelajuan 180 km/j.

Related Post

Alberto Puig, pengurus pasukan Repsol Honda, yang bercakap hari ini di litar Termas de Rio Hondo, bercakap tentang apa yang Honda lakukan.

“Pada masa ini kita tidak tahu sama ada kita mempunyai spoiler seperti Ducati bersedia untuk gunakan dalam perlumbaan ini. Honda adalah sebuah syarikat yang sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan motosikalnya. Jelas, kita tidak tidur! “.

Honda adalah pengeluar pertama yang juga mengakui penggunaan “spoiler” tayar belakang seperti Ducati, tetapi yang lain pasti akan mengikutinya. Sebagai contoh, pengarah teknikal Romania Albesiano, pengarah Aprilia Racing, telah mengesahkan bahawa kilang Noale sedang bekerja pada “spoiler” semasa musim sejuk, namun mereka menghentikan pembangunan komponen ini apabila peraturan itu diubah untuk tidak membenarkan penggunaan komponen yang dipasang pada swingarm yang akan menghasilkan kesan aerodinamik.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan