Categories: Berita

Zongshen dan Norton akan bina motosikal adventure kecil Aprilia?

ADAKAH KAMI DAPAT LIHAT MOTOSIKAL BARU TAHUN INI?

Zongshen | Sumber gambar: Motopinas

Pengeluar motosikal China, Zongshen, akan membina motosikal adventure kecil Aprilia seterusnya. Jenama ini telah memasuki satu perjanjian dengan Norton Motorcycles UK Limited untuk enjin 650cc.

Berpusat di Chongqing, China, pengeluar ini dipelopori pada 1992 dan sejak itu telah menghasil beberapa motosikal termasuk motosikal quad, penjana dan juga enjin. Menurut Motopinas, sebelum Norton diperoleh oleh TVS, mereka telah menandatangani satu perjanjian lesen dan reka bentuk dengan Zongshen. Perjanjian ini adalah untuk menghasil enjin silinder kembar 650cc. Enjin ini dibangunkan bersama pada 2017 oleh Norton dan Ricardo, sebuah syarikat reka bentuk dan perundingan Itali.

Related Post

“Norton dan Zongshen telah memasuki perjanjian lesen dan reka bentuk bagi 20 tahun untuk enjin silinder kembar 650cc. Enjin 650cc ini direka khusus untuk keperluan Zongshen dan akan patuh Euro 4. Ini membenarkan Zongshen untuk mematuhi undang-undang emisi terkini dan masa depan, jelas adalah satu langkah bagi Zongshen dan membenarkan mereka untuk meneruskan perkembangan dalam pasaran motosikal antarabangsa, kata Norton menurut kenyataan media.

Zongshen melancarkan motosikal 650cc barunya pada Pameran Perdagangan Motosikal Antarabangsa China (China International Motorcycle Trade Exhibition)  ke-17 di Chongqing tahun lalu. Model baru ialah Cyclone RK6 dan Cyclone RX6. RK6 adalah tourer dan RX6 adalah motosikal adventure. Motosikal baru mungkin memasuki produksi akhir tahun ini untuk menjadi model 2021.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah