Categories: Berita

Harley-Davidson mendedahkan X350 baharu dengan kerjasama QJMotor

HARLEY-DAVIDSON X350 YANG TERBARU ADALAH KERJASAMA TERBARU JENAMA DENGAN QJMOTOR CHINA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Harley-Davidson mula dikaitkan dengan pengeluaran model berkapasiti kecil tiga tahun lalu selepas menjalin kerjasama dengan pengeluar motosikal China, QJMotor yang turut merupakan pemilik jenama Benelli.

Pada mulanya, model berkapasiti kecil itu dinamakan Harley-Davidson 338R. Tidak lama selepas itu, QJMotor memperkenalkan enjin baharu berkapasiti 353cc.

Enjin berkembar selari 353cc tersebut merupakan enjin pilihan Harley-Davidson. Syarikat itu mengesahkan perkara itu selepas QJMotor memfailkan dokumen kelulusan yang menunjukkan gambaran jelas model dengan nama kod HD350.

Bagaimanapun, melihat imej, model HD350 berkemungkinan besar dinamakan X350. Selain itu, dokumen itu mendedahkan X350 berkongsi kebanyakan komponen daripada QJMotor SRK350 dan Benelli 302S.

Related Post

Dokumen itu juga memaklumkan bahawa X350 menawarkan 36hp dan didatangkan dengan berat sekitar 195kg. Ini agak berat untuk motosikal kapasiti 350cc.

Walaupun begitu, Harley-Davidson X350 masih mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 145km/j.

Ciri-ciri lain pada motosikal itu termasuk penggunaan tayar depan 120/70-17 dan belakang 160/60-17 serta pakej suspensi yang sama diambil daripada Benelli 302S.

Dokumen kelulusan juga mendedahkan model lain turut dibangungkan. Ini ialah Harley-Davidson X500, yang mendapat inspirasi daripada Benelli Leoncino 500.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah