TRIUMPH MOTORCYCLES MEMPERKENALKAN MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMANYA, TREKKER GT.

Triumph Trekker GT

Awal tahun lepas, Triumph motorcycles mengumumkan projek motosikal elektrik TE-1 dengan Williams F1. Manakala, beberapa jam yang lalu Triumph memperkenalkan motosikal elektrik pertamanya. Ia adalah basikal elektrik dan bukan motosikal elektrik tetapi ia menunjukkan Triumph tidak jauh untuk memperkenalkan motosikal elektrik.

Trekker GT memaparkan trenkuasa Shimano dengan motor Shimano steps E6100 250W 60Nm yang disokong oleh batteri Shimano 504kWj. Triumph mengatakan basikal ini mampu mencapai jarak gerak 150 kilometer dalam satu cas. Bagi rangka, basikal ini mengguna rangka aluminium ringan dengan bateri yang telah diintergrasi di bawah tiub. Dengan kegunaan hydro-aluminium 6061 dalam rangka, Trekker GT mempunyai berat hanya 2.2kg!

Related Post

Bagi suspensi, fork RockShox di depan dengan travel 65mm menguruskan segalanya. Untuk pelana, Selle Royal Vivio di belakang menyokong penunggang. Triumph mengguna brek Shimano Deore M6000 180/160 untuk menjamin keselamatan.

Sebagai asas, Trekker datang dengan penyalaan LED, pelindung lumpur, pannier rack belakang, lock ABUS pro-shield. Walau bagaimanapun, pembeli juga boleh membeli aksesori tambahan dari Triumph secara langsung. Bagi harga, Trekker GT standard berharga £ 2,950 / AS $ 3,719.

Menurut sumber, Triumph bertujuan untuk menyediakan Trekker GT di UK, Amerika Syarikat dan Eropah (tidak termasuk Jerman dan Austria). Bagi wilayah Asia Pasifik, ketersediaan masih dimuktamadkan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan