Categories: Berita

Aveta V13R 2021 dilancar di Malaysia-RM6,688

AVETA BARU MENGELUARKAN MOPED TERKINI, V13R 2021 DENGAN CIRI-CIRI MENARIK.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Aveta Globa Marketing Sdn Bhd baru sahaja melancarkan moped terbarunya untuk pasaran Malaysia, V13R 2021.

Aveta V13R menyertai DY90, RX110, VS110 dan Ranger 110 dalam pasaran semasa.

Apa yang menarik adalah Aveta jangka V13R mampu meningkatkan jualannya antara 400-500 unit sebulan.

Related Post

Aveta V13R boleh menghasilkan 7.8hp @7,500rpm dan 8.5Nm @5,500rpm. V13R didatangkan dengan enjin satu silinder 124cc penyejuk udara.

Model ini juga dikuasakan oleh transmisi 4-kelajuan dibantu oleh tangki minyak berkapasiti 4.5L.

Walaupun ditawarkan pad harga serendah RM6,688, V13R ini hadir dengan pelbagai ciri terbaharu antaranya lampu LED dengan DRL (daytime running light), port pengecas USB, angkup 2-pot dengan cakera brek dan roda aloi.

Menurut Aveta, V13R didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (mana yang dahulu) dan akan tiba di pengedar rasmi mulai 29 November.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah
Tags: Utama