Categories: Berita

Suzuki Hayabusa 2021 tiba di Malaysia – RM111,200

SUZUKI MALAYSIA BARU MENGELUARKAN SUZUKI HAYABUSA BAHARU DENGAN TANDA HARGA BARU DAN CIRI-CIRI TERKINI.

Suzuki Hayabusa tiba di Malaysia dengan tanda harga RM111,200

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Suzuki Hayabusa 2021 telah tiba di pengedar rasmi Suzuki Malaysia dengan harga RM111,200. Harga tersebut diumumkan oleh beberapa pengedar rasmi Suzuki Malaysia di laman sosial Facebook hari ini.

Hayabusa generasi ketiga 2021 hadir dengan lampu LED penuh di hadapan dan belakang.

Suzuki turut menaik taraf enjin 4-sebaris 1,340cc Hayabusa untuk mematuhi piawaian Euro 5 yang kini menawarkan 187.4hp @9,700rpm dan 150Nm @7,000rpm.

Angka itu turun sedikit berbanding Hayabusa generasi kedua yang menawarkan 194hp dan 155Nm. Bagaimanapun, enjin 16 injap DOHC dengan sejukkan cecair kini lebih tahan lasak dan menawarkan pembakaran minyak yang lebih cekap serta mampu merekodkan kelajuan maksimum (nominal) 299km/j.

Related Post

Antara langkah pembaharuan yang diambil ialah mengurangkan diameter 1mm dalam badan throttle dan memanjangkan panjang paip masukan ke 12mm. Menurut Suzuki, langkah itu melicinkan aliran kuasa enjin pada kelajuan rendah dan sederhana.

Penggunaan Suzuki Side Feed Injector (S-SFI) juga menyumbang kepada peningkatan output kuasa serta tork. Hayabusa 2021 juga didatangkan dengan sistem Throttle Elektronik Ride-by-Wire dan Suzuki Clutch Assist System (SCAS) yang membantu meningkatkan tindak balas enjin dan memastikan penukaran gear yang lebih cekap.

Apa yang menarik adalah Suzuki mengekalkan penggunaan kerangka twin-spar dan swingarm jenis aluminium.

CIRI-CIRI LAIN SUZUKI HAYABUSA 2021 BAHARU TERMASUK:

  • Fork depan KYB (terbalik) dengan salutan Diamond-Like-Carbon
  • Monoshock belakang KYB
  • Tayar Bridgestone Battlax Hypersport S22
  • Meter jenis analog and skrin warna TFT
  • Suzuki Intelligent Ride System (SIRS)
  • Bosch IMU 6-axis
  • Launch Control
  • Cruise Control (antara 31km/j – 200km/j)
  • Sistem brek gabung
  • Sistem Slope Dependent Control
  • Sistem Hill Hold Control
  • Isyarat Henti Kecemasan

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah