Categories: Berita

Tempahan dibuka untuk Italjet Dragster 125 – RM31,990

TEMPAHAN UNTUK ITALJET DRAGSTER 125 DITERIMA SERENDAH RM50, DENGAN HANYA BEBERAPA UNIT SAHAJA UNTUK DIPASARKAN DI SINI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Sumber telah melaporkan bahawa Italjet Dragster 125 akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia melalui Chear Global.

Survey di Mudah.my mendapati sudah ada pengedar yang telah membuka tempahan untuk skuter sporty itu.

Menurut maklumat yang dikongsi, tempahan Italjet Dragster 125 diterima serendah RM50, dengan hanya beberapa unit sahaja yang akan dipasarkan di sini.

Related Post

Namun apa yang mencuri tumpuan ialah harga yang diiklankan, RM31,990 untuk model CBU dari Itali.

Walaupun setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi, harganya dijangka tidak jauh (atau sama) dengan harga rasmi yang akan diumumkan nanti.

Italjet Dragster ditawarkan dalam dua varian iaitu 125cc dan 200cc tetapi hanya varian 125 sahaja yang akan dipasarkan di Malaysia.

Varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair manakala enjin 200cc dengan standard Euro5 menawarkan 18hp.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah