NXT Rage | Sumber gambar: Ride Apart

NXT Motors, sebuah start-up Dutch telah memperkenalkan motosikal elektrik baru mereka baru-baru ini di MotorBeurs Utrech Show. Dikenali sebagai motosikal elekrik premiu, NXT Rage mempunyai monocoque karbon fibre yang seiras dengan harga mewahnya.

Jenama ini dikenali untuk motosikal elektrik 100% mereka telah bekerja dengan beberapa prototaip sebelum ini dan mempunyai pelan untuk NXT Rage dan NXT Raw. NXT Rage dikeluarkan hujung minggu ini dan adalah motosikal naked yang lebih bertahan lasak serta ialah 25% lebih ringan berbanding dengan motosikal dalam kelas yang sama.

“Spesifikasi motosikal ini amat bagus tetapi tidak akan dilepaskan hari ini. Ini akan disahkan dan diperakui pada musim bunga tahun 2019, dan selepas itu tempahan boleh dibuat muktamad dan boleh dihasilkan,” kata syarikat itu.

Related Post

Suspensi Ohlins akan memberikan motosikal ini pengendalian prestasi tinggi serta qualiti tunggang yang mungkin menyumbang kepada harga tinggi. Ia juga mempunyai paparan warna 7 inchi yang memberikan hendal gaya yang bersih dan minimalis. Bar dipasang cukup rendah untuk memberikan kedudukan menunggang sporty tetapi cukup tinggi untuk tetap selesa semasa menunggang di jalan.

“Motosikal elektrik memberi peluang untuk mengabaikan reka cipta tradisional dan terokai apa yang benar-benar groundbreaking. NXT Motors mahu menawarkan kepada pelanggannya sebuah motosikal yang menggunakan keupayaan teknikal dengan maksimum dan menawarkan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Satu produk yang kuat, tetapi juga data yang dihasilkan oleh motosikal elektrik, adalah asas untuk pengalaman pelanggan. Dalam rancangan NXT Motors, bersama-sama Naked Bikes yang dilancarkan hari ini, terdapat juga sambungan kepada segmen lain, termasuk enduro, super sports dan model touring,” kata Harm Besseling, Pengarah dan Ketua Pembangunan Teknikal di NXT Motors.

Rage dijangka akan mempunyai harga sekitar €24,950.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan