Categories: Sukan Motor

SSP600 – Maria Herrera menjadi perempuan pertama untuk berlumba sepenuh masa.

Maria Herrera | Sumber gambar: Maria Herrera Muñoz Facebook Account

Buat pertama kali dalam sejarah kejuaraan World Supersport 600, seorang perempuan akan menunggang jentera supersport sepenuh masa. Penunggang Sepanyol, Maria Herrera akhirnya mendapat berita baik dari pasukan MS Racing bahawa mereka mempunyai satu tempat kosong untuknya dalam kejuaraan ini dan mereka juga mempunyai sebuah Yamaha R6 untuk dia.

Maria Herrera pada awalnya sepatut menunggang dalam FIM MotoE Cup baru musim ini dengan pasukan Angel Nieto, tetapi pada saat terakhir, dia mendapat maklumat bahawa MS Racing akan meningkatkan tahap mereka dan berpindah ke kelas World Supersport 600.

Related Post

Maria sudah mengetahui pasukannya dengan baik oleh kerana ia adalah pasukan yang sama dia berlumba dengan pada tahun 2018 di kelas SuperSport300 Dunia, yang telah mempamerkan keputusan dan prestasi yang memberangsangkan.

Untuk penganjur World Superbike dan Supersport, Dorna, ini adalah satu berita yang baik. Maria Herrera adalah perempuan pertama untuk berlumba sepenuh masa dalam kelas ini, selepas Katja Poensgen (Nürburgring 1998) atau Alessia Polita (Monza 2013) telah menunjuk bahawa mereka juga mampu berlumba dengan motosikal supersport dengan biasa seperti pelumba lelaki.

Dengan pengumuman ini, Maria Herrera tentu akan tinggalkan kelas SuperSport300 dan akan berlumba untuk Supersport 600 serta ambil bahagian dalam FIM MotoE Cup pada masa yang sama.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan