Categories: BeritaSukan Motor

Red Bull dan Dorna Sports lanjutkan perjanjian

KEDUA-DUA GP SEPANYOL DAN ANDALUSIA AKAN LIHAT RED BULL SEBAGAI PENAJA GELARAN. PERJANJIAN TAMBAHAN KONTRAK MELANJUTKAN PERKONGSIAN ANTARA KEDUA-DUA PIHAK HINGGA 2024.

Sumber gambar: MotoGP

Dorna Sports amat teruja untuk mengumumkan lanjutan dalam perkongsian dengan syarikat minuman tenaga ikonik Red Bull. Sebahagian dari perjanjian ini akan lihat Red Bull menjadi penaja gelaran untuk Gran Premio de España 2020 dan Gran Premio de Andalucía 2020 yang masing-masing ditetapkan untuk berlangsung di Circuito de Jerez-Angel Nito dari 17 hingga 19 Julai dan 24 hingga 26 Julai.

Tambahan pula, melalui perjanjian ini Red Bull disahkan sebagai penaja gelaran bagi Gran Premio de España dan Grand Prix of the Americas hingga 2024, dan juga sebagai penaja bersama untuk Gran Premio di San Marino e della Riviera di Rimini.

Selama bertahun Red Bull telah menunjuk komitmen yang kuat kepada sukan sedunia termasuk Kejuaraan Dunia MotoGP™. Red Bull bukan sahaja hadir dalam setiap kategori yang bekerjasama dengan pelbagai atlet dan pasukan, ia juga merupakan penyumbang penting dalam arena perlumbaan melalui Red Bull MotoGP™ Rookies Cup, salah satu program pengembangan bakat yang sangat berjaya. Red Bull adalah penaja gelaran dan penganjur bersama untuk piala tersebut.

Related Post

Pau Serracanta, Pengarah Urusan Dorna Sports

“Red Bull adalah rakan sejati MotoGP™. Ketika kita menghampiri akhir perjanjian ini, hampir 20 tahun kita bekerja bersama – sejak tahun 2005, ketika Red Bull menjadi penaja utama GP AS di Laguna Seca. Sebagai tambahan kepada perjanjian ini, kami juga telah bekerjasama sebagai penganjur bersama untuk Red Bull MotoGP™ Rookies Cup selama lebih dari satu dekad, Red Bull telah menjadi rakan kami dalam MotoGP™ eSport Championship sejak awal, dan juga Idemitsu Asia Talent Cup, dan kami menganjurkan Grand Prix Austria bersama di Red Bull Ring – sebagai tambahan kepada perjanjian siaran kami dengan ServusTV yang merangkumi Austria dan Jerman. Kami gembira dapat terus bekerjasama dengan Red Bull.”

Dengan lanjutan perkongsian yang telah wujud untuk bertahun-tahun, Dorna dan Red Bull menunjuk komitmen kuat untuk terus mengembangan sukan ini bersama untuk bertahun-tahun lagi.

Pastikan untuk mengikuti Gran Premio Red Bull de España dan Gran Premio Red Bull de Andalucía sebaik sahaja MotoGP™ bersiap sedia untuk kembali ke trek pada tahun 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah