MARC DAN ALEX MARQUEZ TIBA DI INDONESIA UNTUK PELANCARAN BESAR DAN UMUM RANCANGAN MEREKA UNTUK MUSIM 2020 MOTOGP.

Marc dan Alex Marquez | Sumber gambar: HRC

Pelumba-pelumba teratas Sepanyol Marc Marquez dan rookie Alex Marquez baru mendedah livery 2020 jentera Honda RC213V MotoGP di Jakarta, Indonesia sebelum sesi uji rasmi pertama tahun ini. Duo Marquez juga membantu lancar Honda CRF1100 L Africa Twin Adventure Sports dan Honda Rebel di Indonesia.

Adik-beradik Marquez sampai ke Indonesia dengan sambutan gemuruh dari para peminat mereka. Mereka disertai oleh Toshiyuki Inuma, Presiden Pengarah PT Astra Honda Motor, Tetsuhiro Kuwata, HRC Director General Manager Race Operations dan Alberto Puigi, Pengarah Pasukan Repsol Honda.

Pasukan Repsol Honda ingin mengulangi prestasi terunggul mereka sekali lagi dengan duo ini. Memang tidak diragu bahawa Honda adalah satu kuasa dominan di MotoGP dengan 309 kemenangan dalam kelas premier. Marc dan Alex Marquez akan mula persediaan akhir mereka bagi ujian Sepang hujung minggu ini dengan livery baru.

MotoGP musim 2020 akan mula di Losail Circuit Sports Club, Qatar pada 6 hingga 8 Mac.

Related Post

MARC MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- APA YANG BOLEH DIJANGKA?

Sumber gambar: HRC

“Saya gembira untuk datang ke Indonesia sekali lagi. Suasana di sini luar biasa dan hebat untuk dapat melancarkan usaha 2020 kami. Pelancaran yang kita ada sentiasa penting untuk membantu diri kita kembali ke irama musim. Kami menghadapi tahun ini sama seperti yang terakhir dan semua yang lain sebelum ini, dengan tumpuan penuh kami dan bersedia untuk bekerjasama dengan Pasukan Repsol Honda untuk mencapai yang terbaik. Bersama-sama dengan HRC dan Repsol, kami telah mencapai hasil yang luar biasa dan meneruskan kejayaan ini adalah sumber motivasi yang besar bagi saya, dan kini saya bersemangat untuk memulakan musim ini dan bersaing lagi atas RC213V,” kata Marc seperti yang dipetik dari Honda Racing Corporation.

ALEX MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- APA YANG BOLEH DIJANGKA?

Sumber gambar: HRC

“Adalah satu keistimewaan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga yang merupakan Pasukan Repsol Honda. Saya sudah mempunyai perasaan istimewa untuk melangkah masuk ke garaj buat kali pertama, bekerja dengan pasukan untuk kali pertama dan kini bertemu dengan dunia pada sesi pelancaran. Saya benar-benar rasa sebahagian daripada Pasukan Repsol Honda dan tahu bahawa terdapat banyak yang saya perlu pelajari dan capai pada tahun 2020 tetapi saya fokus untuk memberikan yang terbaik. Saya akan cuba memperbaiki dan belajar setiap hari dan berharap kita dapat memberi musim yang baik langkah demi langkah.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan