TRIUMPH SUDAH MENDEDAH STREET TRIPLE ASAS “S” DAN PRESTASI MUKTAMAD STREET “RS” UNTUK 2020. MENURUT BEBERAPA SUMBER, TRIUMPH AKAN MENDEDAH STREET TRIPLE “R” 2020 TERKINI MINGGU DEPAN.

Triumph Street Triple RS 2020

Triumph mendedahkan spec asas “S” pada Januari 2020 dan spek teratas “RS” pada September 2019. Sekarang hanya tinggal spec sederhana R dalam barisan motosikal Street Triple 2020. Menurut sumber, Triumph akan mendedahkan Street Triple R minggu depan

Triumph Street Triple S 2020

APA YANG DIJANGKA DARI STREET TRIPLE R 2020

Dari segi spek, tiada maklumat buat ketika waktu. Tetapi, oleh kerana Triumph meletakkan varian R di tengah S dan RS, kami boleh spec serta teknologi yang diguna pada R adalah di tengah kedua-dua jentera ini. Bagi gaya, R dijangka mengikuti reka bentuk S dan RS 2020. Keseluruhannya, gaya R lebih aerodinamik dan agresif seperti Street Triple RS dan S 2020 yang dikemas kini.

Triumph Street Triple RS 2020

Oleh sebab gaya lampu depan sudah lama digunakan, Triumph akan kemas kini lampu depan seperti yang dilakukan pada S dan RS.

Lampu depan terkini Triumph Street Triple RS 2020

Related Post

Bagi teknologi, kami jangka untuk lihat beberapa kemas kini kerana mereka telah membuat beberapa pembaharuan teknologi pada street triple terkini. Menurut sumber, motosikal baru sepenuhnya patuhi Euro5 seperti model lain.

Kami tidak tahu lagi tetapi kami teka enjin adalah inline-triple 765 cc. R dan RS 2019 mempunyai 119 hp, tetapi RS terkini menjana 121 hp. Jadi seperti sumber lain kami jangka R terkini mungkin mempunyai kuasa yang sama.

Enjin Triumph Street Triple RS 2020

Seperti yang dipetik dari MCN, Triumph mengesah MCN bahawa mereka akan menghasil nilai baru yang luar biasa dalam barisan Street dengan Street Triple R baru yang menjanji kemas kini besar dengan lebih tawaran pada harga yang berpatutan.”

HARGA

Street Triple S 2020 berharga £7900 dan RS bernilai £10,300 (RM 67,900). Adakah R akan diletakkan di antara harga ini?

Secara keseluruhannya, kami masih tidak yakin pasaran mana yang akan tersedia dengan model ini. Ini kerana hanya RS 2020 baru boleh didapati di Malaysia dan kawasan Asia yang lain setakat ini. Sebaliknya, Street triple S yang dikemas kini hanya tersedia di Eropah. Walau bagaimanapun, kami berharap Triumph menjadikan Triple R 2020 tersedia di pasaran Asia juga!

Kami akan kemas kini maklumat dengan lebih lanjut sebaik sahaja Triumph melancarkan motosikal jadi jangan terlepas.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan