Categories: Berita

Syarikat motosikal Sweden CAKE akan mengeluarkan motosikal elektrik baru

Pereka motosikal Sweden, CAKE, dikenali untuk Kalk OR atau dirt bike elektrik telah mengumumkan sebuah motosikal elektrik yang mematuhi piawaian jalan raya yang akan memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Motosikal elektrik ini akan dikenali sebagai Kalk&. Ia adalah serupa dengan dirt bike  elektrik asal Kalk OR.

Explore & commute, trail & street, clean & silent. Manfaat kegunaan berganda, menggabungkan pengembaraan yang mampan dan cekap dengan penerokaan. Membawa prestasi tinggi, motosikal elektrik off-road ke pasaran, dan menjadikannya mematuhi piawaian jalan raya, adalah satu langkah penting bagi kami di CAKE, memberi inspirasi kepada orang ramai terhadap pelepasan sifar, menggabungkan tanggungjawab dan keseronokan. Ia adalah alat perjalanan yang sempurna, sambil melayani pengguna dengan keseronokan semasa hujung minggu dan semasa bercuti, “kata pengasas CAKE dan CEO Stefan Ytterborn.

Related Post

CAKE telah membuat satu kenyataan bahawa model ini akan disediakan untuk pra-jualan pada Mac. Motosikal ini dijangka mempunyai 518V dan bateri 50 Ah Lithium-ion dengan 2.6 kWh.

“Kalk&, adik kepada Kalk OR, mungkin seiras pada bahagian luar tetapi mempunyai beberapa perbezaan pada bahagian dalam. Seperti motosikal pertama CAKE, kalk& sangat dipengaruhi oleh basikal gunung bukit dan enduro, dalam rasa kegunaan dan pengendalian, dan reka bentuknya mengambil kira kedua-dua sukan itu, geometri, suspensi dan komponen dua sukan,” tambah firma tersebut.

“Namun gear pada motosikal ini agak berbeza dan tahap kelajuan telah dipertingkatkan lebih daripada 100kph mengikut kelajuan jalan raya.

Dengan batteri 2.6 kWh, motosikal ini mampu mencapai kelajuan sebanyak 100 km/h (62 mph). Bateri boleh ditukar untuk meningkatkan prestasinya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah