Bukanlah Keputusan yang Saya Mahukan-Damok

Dalam dunia perlumbaan Moto3 yang penuh ketegangan dan saingan sengit, Syarifuddin Azman mempunyai mimpi untuk berdiri di atas podium dan merasai kemenangan.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Bagi Pelumba negara, Syarifuddin Azman ataupun lebih mesra disapa Damok perjalanan ini mungkin belum mencapai puncaknya.

Pada perlumbaan Catalunya Grand Prix (GP) baru-baru ini, Pelumba Gaviota GASGAS Aspar Team,David Alonso mengatasi saingan hebat untuk meraih tempat pertama.

Manakala, Damok gagal untuk mempamerkan potensi sebenar apabila hanya menduduki tempat ke-26 dengan catatan masa 1.50.032 sekaligus gagal meraih sebarang mata pada perlumbaan ini.

Related Post

Setakat ini, Damok yang mempunyai 5 mata secara keseluruhan, justeru itu, menduduki tempat ke-24 secara keseluruhan.

Kekalahan ini jelas merupakan pengalaman yang penting buat Damok untuk kembali bangkit dan melakar kejutan.

“Selesai perlumbaan untuk hari ini, dan bukan keputusan yang saya mahukan. Saya perlu ambil perkara ini sebagai pengalaman yang baru buat saya.

Saya perlu terus berkerja bersama dengan pasukan, dan lebih bekerja keras. Banyak lagi perkara yang saya perlu belajar.

Esok saya ada sesi ujian di Catalunya. Saya harap dengan sesi ujian ini saya dapat mencari set up yang lebih baik untuk jentera saya.” kata Syarifuddin Azman

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz