Categories: BeritaSukan Motor

CEO Dorna Sports: Baki perlumbaan MotoGP akan berlangsung seperti baisa

CEO DORNA SPORTS, CARMELO EZPELETA, MENGEKALKAN BAHAWA TIADA PERUBAHAN LAIN AKAN DILAKUKAN PADA KALENDAR MOTOGP BUAT SETAKAT INI.

Valentino Rossi | Sumber gambar: MotoGP

Pandemik berterusan Covid-19 telah mendapat banyak perhatian dari semua, termasuk pihak-pihak dari arena sukan. Berita-berita terkini telah mengumumkan penangguhan NBA yang banyak peminat bola keranjang kecewa. Australia GP turut dibatalkan untuk Formula One. Bagi MotoGP, terdapat siri rombakan berkaitan dengan kalendar. Walaubagaimanapun, menurut CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, beliau masih optimistik bahawa musim 2020 akan berterusan meskipun kesukaran.

“Sejak ketibaan masalah coronavirus, kami telah mengikuti arahan dari setiap kerajaan dan kami telah berhubung rapat dengan para penganjur di Austin dan Argentina dan pihak berkuasa mengatakan ia tidak dapat dilakukan pada masa ini. Kami telah berbincang dengan Grand Prix lain. Sekarang kalendar okay jika semua berjalan dengan lancar,” kata Ezpeleta dalam satu temubual dengan MotoGP.

Franco Morbidelli

Ia kelihatan selain dari Qatar Grand Prix, musim ini akan sambung dengan 19 Grand Prix lain. “Seperti yang saya katakan semasa kenyataan media di Qatar, pelan kami adalah untuk meneruskan kejohanan dengan semua perlumbaan. Itu adalah matlamat kami. Kami sedang mengikuti nasihat setiap kerajaan dan terutamanya pihak penganjur. Kami berhubung rapat dengan FIM, IRTA, para pasukan dan penganjur. Buat setakat ini kami sedang menampung  segala-galanya.”

DENGAN PENANGGUHAN PEMBUKA MUSIM DI LOSAIL INTERNATIONAL CIRCUIT UNTUK MOTOGP, MUSIM INI SECARA KHAS AKAN MULA DI JEREZ, SEPANYOL.

Kami sedang berbincang dengan pihak berkuasa di Jerez dan hari ini semua kelihatan baik; tiada sebarang masalah. Tetapi kami akan sentiasa memantau situasi dalam masa terdekat.”

Related Post

Oleh kerana wabak coronavirus kelihatan semakin menjejas lebih ramai orang setiap hari, banyak pihak berkuasa memilih untuk mengadakan perlawanan atau permainan tanpa peminat (behind closed doors), seperti dalam bola sepak. Walaubagaimanapun, Ezpeleta berpendapat bahawa keadaan itu bergantung kepada kesungguhan pihak berkuasa tempatan.

Walaupun pandemik, Ezpeleta memberitahu peminat MotoGP untuk berharap untuk musim yang hebat.

“Kami sedang menjangka satu musim MotoGP hebat. Kami berpendapat bahawa musim ini akan menjadi lebih hebat. Kami juga tunggu untuk memulakan musim ini secepat mungkin. Ia sedikit lambat dari biasa tetapi jika kami boleh mula seperti yang dijadualkan ia akan menjadi musim yang menarik.”

Carmelo Ezpeleta, CEO Dorna Sports

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan