Categories: Berita

Benelli India akan lancar tiga varian baru

BENELLI TELAH MEMUTUSKAN UNTUK FOKUS KEPADA PENGEMBANGAN RANGKAIAN 250-500CC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar superbike Itali Benelli akan melancar tiga lagi varian motosikal ke pasaran India pada akhir tahun ini. Benelli sedang mencari peluang untuk memperluas rangkaian pengedarnya dan akan memasukkan power cruiser Benelli 502C dalam portfolio terbarunya.

Menurut Ketua Perniagaan dan Pengarah Urusan syarikat, Vikas Jhabakh, pra-tempahan tersedia dan motosikal akan dilancar bulan ini.

Setakat ini, Benelli telah lancar tiga model motosikal, iaitu TRK502, TRK502X 500-cc, dan Leoncino serta 374-cc Imperiale 400. Kini, sBenelli merancang untuk mengekalkan fokusnya pada barisan 250cc hingga 500cc. Barisan ini mungkin memberi syarikat potensi pertumbuhan yang lebih tinggi di segmen premium keseluruhan. India mempunyai pangkalan pelanggan yang besar untuk motosikal 125cc atau 150cc baru-baru ini, barisan 150cc ke atas semakin mendapat perhatian.

Related Post

Motosikal 125cc-150cc hadir dengan julat harga ₹1 lakh- ₹1.60 lakh Pelanggan semakin meminati  harga antara ₹2-5 lakh.

Kemungkinan mereka akan beralih ke motosikal ₹8 lakh- ₹10 lakh dari tahap ini. Itulah kecenderungan umum,” kata Jhabakh kepada PTI. Syarikat yakin bahawa barisan 250-500cc akan mencapai sasaran pengguna dan memaksimumkan pertumbuhannya.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah