MAKLUMAT LANJUT MENGENAI CRUISER BENDA LFC700 DIDEDAHKAN. BENDA AKAN LANCAR LFC700 PADA 1 JULAI 2021!

Muscle cruiser bakal datang Benda dilihat pada Julai 2020 melalui set paten bocor. Berikutan itu, hanya dalam dua bulan, pengeluar motosikal Cina rasminya menampilkan konsep LF-01 di China International Motorcycle Trade Exhibition (CIMAMotor) pada September 2020.

Baru-baru ini Benda Motorcycles mengumumkan muscle cruiser LFC700 versi pengeluaran akan dilancar pada 1 Julai 2021. Dengan pengumuman itu, lebih banyak butiran tentang Benda LFC700 mula muncul. Menurut sumber, LFC700 dikatakan sama dengan Konsep LF-01, namun, ciri-ciri seperti throttle by wire dan cruise control dijangka tidak akan masuk ke dalam model produksi.

Related Post

Mengenai jentera, ia dibangun di sekitar kerangka dan swingarm aluminium cast .Benda LFC700 akan dikuasakan oleh mesin empat-sebaris 680cc yang disejukkan cecair. Dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan dengan klac jenis selipar, LFC700 dijangka menjana sekitar 97hp @ 12,000 rpm. Bagi tork puncak, Benda belum mengumumkan angka tork.

Dalam kes brek, sama seperti konsep LF-01, LFC700 mendapat dua cakera dengan kaliper yang dipasang secara radial di depan dan satu cakera di bahagian belakang. Suspensi dikendalikan fork depan terbalik dan mono-shock di belakang (Kedua-duanya boleh dilaraskan sepenuhnya). Untuk alat bantu dan elektronik penunggang, LFC700 dikatakan didatangkan dengan ciri-ciri seperti bantuan penahan bukit (hill hold assist), ABS dua saluran, pencahayaan LED penuh dan kluster instrumen TFT.

Inilah perincian yang kami tahu setakat ini. Untuk maklumat lanjut mengenai LFC700, kita hanya perlu tunggu hingga pelancaran rasmi yang akan berlangsung pada 1 Julai 2021.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan