Dorna Sports telah bersetuju dengan kontrak baru dengan kerajaan Santiago del Estero Province, yang bermaksud MotoGP masih mempunyai peluang untuk mengguna trek perlumbaan Termas de Rio Hondo di Argentina buat tiga musim lagi.

Related Post

Persetujuaan tersebut telah diumumkan secara awam hari ini dengan Pengarah operasi Dorna Sports Carles Jorba membalas sidang akhbar dan berkata “Ia benar dan buat pertama kali, kami mempunyai stabiliti dengan kerjasama semua orang sejak awal 2014. Sambungan ini (hingga 2021) akan membenarkan kami untuk mengambil peluang bagi segala kerja yang kami hasilkan dan kerana kami tahu betapa pentingnya pasaran America Selatan adalah untuk MotoGP. Pelumba, pasukan serta pengilang berpendapat bahawa perlumbaan ini kini stabil, dan semua perubahan telah dilakukan dalam kesinambungan dan mereka menyukai susun atur litar ini “.

Litar Termas de Rio Hondo adalah satu destinasi biasa dalam kalendar MotoGP sejak 2014, dengan peminat dan pelumba memuji susunan trek Argentina ini. Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan perjanjian tiga tahun baru ini, dan Dorna pasti ingin mengekalkan Amerika Selatan sebagai sebahagian daripada musim MotoGP, walaupun terdapat banyak litar lain yang ingin menjamin tempat pada kalendar.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan