TERLEPAS PERLUMBAAN MAYA KEEMPAT MOTOGP? LIHATLAH DI SINI!

Perlumbaan maya keempat MotoGP telah tamat pada hujung minggu lalu dan ia merupakan satu persaingan sengit antara adik-beradik Marquez. Bersaing untuk tempat pertama di Misano World Circuit Marco Simoncelli, Alex Marquez dan Marc Marquez dari Repsol Honda Team bertarung hingga pusingan terakhir. Kemenangan akhirnya didapati oleh adik muda Alex yang kini mempunyai dua kemenangan maya MotoGP. Marc mendapat tempat kedua dengan Valentino Rossi dalam kedudukan ketiga. Doctor mendapat kemenangan podium selepas Fabio Quartararo dari Petronas Yamaha SRT terhempas.

ALEX MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Related Post

“Saya sangat sangat gembira. Saya sangat gementar kerana Pecco mempunyai satu kemenangan, Maverick juga satu dan kami semua sama. Oleh itu, saya berkata, ‘wow, yang ini saya mesti menang’!

“Kemudian saya melihat Fabio begitu pantas hari ini. Dia berada di pusingan kedua lebih cepat daripada semua orang tetapi ketika dia melakukan kesilapan, saya fikir ok mungkin saya dapat menguruskannya. Kemudian kami terhempas lagi. Kami berdua menyentuh dan terhempas. Marc berada di depan dan kemudian, di sudut terakhir. Saya fikir ‘ok, saya akan cuba brek lebih awal dan kemudian cuba menyerang dengan pantas’. Mentalitinya adalah cuba menyerang pada titik brek, seperti dalam kenyataan! Tetapi saya berjaya memecut dengan pantas dan menang.”

INI ADALAH RANGKUMAN KESELURUHAN PERLUMBAAN:

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan