Categories: Sukan Motor

MotoGP – Rea ingin berlumba Marquez…tetapi tidak mempunyai motosikal yang sesuai

Kini kedua-dua musim World Superbike dan MotoGP telah tamat dan para penunggang mengambil cuti musim sejuk. Beberapa penunggang bersedia untuk memberi temuduga kepada media khusus dalam keadaan yang lebih santai berbanding dengan tekanan semasa musim perlumbaan.

Jonathon Rea, empat kali juara World Superbike dengan Kawasaki, adalah salah satu penunggang yang telah mengambil sedikit masa semasa cutinya untuk bercakap dengan media Itali, Gazzetta dello Sport.

Dalam temuramah luar musim ini, Rea bercakap tentang ketakutan terbesarnya semasa berlumba serta maklumat mengenai betapa hampirnya dia dapat berlumba di MotoGP, tetapi sebarang pengilang yang tidak ingin memberikannya motosikal dengan spesifikasi factory maka dia memilih untuk kekal dengan Kawasaki di World Superbike.

Related Post

Bagi ketakutan terbesarnya, Jonathan Rea berkata “penunggang sentiasa membawa perbezaan, tetapi mempunyai pasukan kompeten yang saya mempunyai keyakinan dengan sepenuhnya juga amat penting. Saya banyak melabur dalam diri saya, dan bekerjasama dengan pelatih-pelatih peribadi saya kerana saya hanya mempunyai satu ketakutan: kalah!”.

Musim ini Jonathan Rea mendapat peluang untuk memasuki MotoGP, dan pelumba Irish ini mengesahkan bahawa pengurusnya telah berbincang dengan tiga pengeluar yang berbeza.

“Ya, saya memang berbincang tentang peluang ini, tetapi keputusan saya untuk kekal dengan Kawasaki adalah kerana mereka adalah antara yang terbaik. Motosikal serta pasukan (di MotoGP) tidak terlalu kompetitif”, kata Rea, dan kemudian menerangkan minatnya untuk berlumba dengan Marc Marquez tetapi tidak mempunyai motosikal untuk melakukannya.

“Bagaimanakah boleh saya cabar Marc jika saya tidak mempunyai motosikal yang luar biasa? Dia adalah pelumba yang terbaik di dunia kerana MotoGP adalah kejohanan terbaik. Hanya pelumba yang luar biasa berlumba di MotoGP. Saya memang ingin peluang untuk bertanding dengan mereka, malah, peluang tersebut tidak pun tiba”.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah