Categories: Berita

Honda CL300 dilancar di China – 171kg, 25.7HP

HONDA CL300 DIDATANGKAN DENGAN DUA VARIAN DAN ESTETIK YANG BERBEZA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Honda mencuri tumpuan apabila memperkenalkan motosikal gaya ‘scrambler’ CL500 di EICMA November lalu.

Namun, pengaruh ‘scrambler’ tidak terhenti setakat itu sahaja. Jenama motosikal Jepun baru-baru ini memperkenalkan varian CL300 yang lebih kecil di China.

CL500 dibangunkan daripada model Rebel 500. Jadi, kewujudan Rebel 300 di beberapa pasaran dunia secara tidak langsung membayangkan langkah sama juga akan berlaku untuk memperkenalkan CL300.

Honda juga memfailkan tanda dagangan untuk nama CL300 pada awal tahun ini jadi pelancaran model China amat dinanti-nantikan.

Related Post

Menurut laporan, CL300 didatangkan dengan dua varian di China, Standard dan Premium dengan kedua-duanya dibezakan oleh kemasan dan estetika yang berbeza.

Honda CL300 menawarkan 25.7hp dan mempunyai enjin satu silinder 286cc. Honda mendakwa model itu mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 125km/j dan didatangkan dengan berat sekitar 171kg.

Walaupun berkongsi platform dengan Rebel 300, beberapa ciri kini berbeza. Ini termasuk penggunaan tayar depan 19 inci dan tayar belakang 17 inci.

Untuk rekod, model scrambler juga boleh didapati di Jepun tetapi dengan kapasiti enjin 250cc.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah