Categories: Berita

Yamaha Ego Avantiz mendapat pilihan warna baharu untuk 2023

MODEL YAMAHA EGO AVANTIZ BARU AKAN TERSEDIA PADA TANDA HARGA RM5,998.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Bagi memastikan skuter kompak Yamaha Ego Avantiz kekal segar menjelang tahun baharu, Hong Leong Yamaha Motor telah mengemas kini model tersebut dengan pilihan warna baharu.

Untuk 2023, model ini didatangkan dalam skema warna merah, kelabu, cyan dan merah.

Related Post

Menurut HLYM, model Yamaha Ego Avantiz dengan pilihan warna baharu ini telah tersedia di pengedar rasmi Yamaha sejak 22 Disember lalu.

HLYM turut mengumumkan harga baharu untuk model tersebut yang kini hadir dengan harga jualan RM5,998.

Untuk rekod, motosikal ini menampilkan enjin satu silinder SOHC 125cc dengan penyejukan cecair. Ia mampu menjana 9hp pada 8,000rpm dan 9.6Nm. Enjin itu juga mematuhi piawaian Euro 4.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah